19 Mac 2012

Penyakit HMFD @ Penyakit Kaki,Tangan Dan Mulut

Hari ini aku masih cuti..dan besok juga..
Ini 2 hari last yang tinggal cuti tahun lepas..
Dan bernasib baik aku cuti sebab aryan tidak sihat..
Kisah nyer aryan start demam hari khamis..masa tengah siapsiap nak pergi keje..aryan nangis je..sekali atuk nyer cakap badan aryan dah start panas..
Aku tak boleh nak el sebab hari isnin,selasa dan rabu kan aku cuti.
So anta je la aryan kat umah bs dia..aku bekalkan ubat..
Hari jumaat papa el..jaga aryan..
Hari sabtu aku dah perasan ade gatalgatal merah kat kaki dia..
Petang tu aku tengok dah gelembung kat merah tu..macam de nanah ke petah..
Aku dah syak dah ni..
Tunggu papa balik keje nak bawa pergi klinik..
Sekali papa balik malam..kata nyer tengah banyak keje..
So hari ahad a.k.a semalam baru dapat bawa g klinik itu pun petang selepas papa balik keje..
Ahad banyak lak klinik tutup.
Last pergi Klinik Dr Sharifah Zubaidah..
Tapi doc lain..doc lelaki bangsa india..
Lepas aku tunjuk kaki aryan kat dia.
Doc macam mengeluh..aku dah rasa lain..kat muka aryan pun dah naik bijibiji merah tu..
Aku terus tanya doc "ini penyakit kaki,tangan dan mulut ke doctor?"
Doc tu jawab "eeemm.." sambil angguk dengan muka lain macam..
Tepat sangkaan aku..aku dan papa saling berpandangan..
Papa tanya doc "kena bawa pergi hospital k?"
Doc kata "tak perlu la..makan je ubat ni semua..kalau dalam seminggu tak elok datang balik kite akan chek darah"
Lepas balik klinik risau sangatsangat aku..walaupun kata nyer tak bahaya..tapi aku takut.
Elok pulak malam tadi keluar kat berita pasal penyakit ni yang tengah melanda sarawak..
Kata nyer "kanakkanak yang mempunyai simpton kaki,tangan dan mulut perlu dikuanrentinkan"
Nasib baik aku cuti ni..dan nasib baik aryan buka duduk nursery..kalau tak haru jadi nyer..
Dan hari ini aryan tak merengek dah.
Dah mahu bermain..tapi dia aku pakaikan stoking sebab dia akan leka kopek merahmerah tu..tension aku..
Kang kopek nanti berjangkit la kat tempat lain..aduhh..
Tapi masalah nyer start dia demam, hari jumaat malam sampai malam tadi..
Dia tak nak tido kat babycot dia..bila kite angkat dalam tu,selepas sejam dia akan jaga dan menangis teresakesak..
Sudah nyer bawa turun tido dalam buai..
Jumaat dan sabtu malam..dia teruk..merengek je..tido pun tak lena.
Aku pun 2 malam tak dapat tido..pukul 7 pagi baru dapat tido..
Malam tadi kureng sikit merengek..tapi still tak nak tido kat katil dia..
Sakit dah badan mama dan papa ni tido kat toto nipis..
Pe yang aku harap kan dia cepat sembuh dari penyakit ni dan back to normal..
Rindu sangatsangat gelak tawa dia tu..eeemm..
Meh aku share sikit info yang aku dapat pasal penyakit ni..
Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.
ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.
Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.
Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

7 ulasan:

  1. Masa kysha kena dulu pun zuris panik ok.
    Habis semua mainan dan satu rumah zuris cuci guna dettol.

    BalasPadam
  2. alaaaa siannya....harap cepat sembuh lah ye.....

    BalasPadam
  3. Mun: thanx mun..

    Zuris: tu la pasal..my mom pun suh beli dettol gak ni..eemm..

    BalasPadam
  4. rayyan ritu pun kene gak.. tapi admitted.. huhuh sampai gugur sume kuku tangan kaki die

    BalasPadam
  5. Ye k jue...eemm..takut nyer..
    Ni pn pantau gak..klu ✗ okies dlm 3,4 ari ni ke hosp la kot..

    BalasPadam
  6. Ibubapa mana xrisau kn kalau ank di sahkan pnykit kaki kuku dan mulut..semoga kte semua dilindungi..

    BalasPadam
  7. Salam. Bagusnya entri ni, banyak sangat info. Saya follow sini ya :)

    Baru-baru ni anak saya pun kena penyakit ni. Alhamdulillah tak teruk. Tapi kita ni mak-mak mesti risau jugak walaupun sikit kan.

    Jemput baca pengalaman saya bila anak terjangkit HFMD ni.
    http://www.noraihanqusyairi.com/2014/10/kautsar-dan-penyakit-tangan-kaki-mulut.html

    BalasPadam