Ni tengok dayu buat muffin cantik je naik membukit..
Aku buat kadangkadang naik cantik..kadangkdang tak naik..paling frust masa bakar naik je cantik..
Dah masak turun menjunam..wawawawa....
Ce tengok picca muffin ni cantik jee kejadian nyer..
Di aku kredit dari blog kak izah ....mintak copy paste ye akak..
Aku pun tanya la sifu muffin ni..aku tanya dalam fb..
Salah serbuk penaik ke...salah oven ke..or salah akuuuu...heheh..
Ada la dia bagi tips nyer..
Tips selebih nyer ada dalam blog dia..
So ni aku share kan tips yang dia bagi..
Senang nanti aku nak rujuk..
Tips Tentang Muffin Dari http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/muffin-pisang-inti-coklat.html
1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik.
Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain.
teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
4. Satu perkara penting untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.
Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
7. Faktor lain adalah, jangan ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
9. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin.
So dah dapat tips dari pakar muffin..thanx kak izah..
Lepas ni menjadi dengan cemerlang dan terbilang ar muffin aku..
thankz for the info dear.smlm i buat cupcakes.frust sgt sbb after a while kuarkan dari oven my cupcakes yg membukit tiba2 menjunam turun.hukhuk..sedey..then i google nk tau kenapa.that's why i found your blog.very useful tips dear.beria i guna mixer semalam konon2 nk bg gebu gebas cupcakes tu.rupanya kena gaul2 je bg sebati ek..hehe..ml ni nk try lagi.
BalasPadam