31 Jul 2012

Panduan Kehamilan Semasa Puasa

Puasa ketika pregy memang mencabarla aku rasa..
Ni 1st time aku kena pregy time puasa..setakat ni aku ada tinggal sehari..tu tak larat sangat..sebab dah masuk angin sume..
So tak nak membahayakan baby ni, aku buka la puasa hari tu..
Lepas tu terus search kat tenet cari panduan pregy time puasa..

Meh aku share sedikit apa yang aku dapat sebagai panduan bersama..


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata:

"Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri.

Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya," katanya.

Tambah beliau: "Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat."

Menurutnya, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan fiziologi yang boleh dialami oleh mana-mana wanita.

Jadi, apabila tidak ada masalah kesihatan pada si ibu mahupun janin dan berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti biasa. Sebaliknya, bagi kehamilan bermasalah sebaiknya tidak berpuasa.

Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya.

Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu selain harus memikirkan keperluan dirinya sendiri, juga janin yang sedang dikandungnya.

Apabila diajukan kebimbangan ibu-ibu yang bayi mereka lapar jika terus berpuasa, terutamanya bagi yang melalui pengalaman sulung mengandung, Dr. Noor Aini menjelaskan:

"Ibu hamil yang menjalani ibadah berpuasa tidak perlu bimbang kalau-kalau janinnya kelaparan.

Ini kerana, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi dari tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui plasenta/uri", ujar beliau.

Beliau turut menarik perhatian bahawa, proses nutrisi yang optimum sebenarnya bermula sejak seseorang ibu itu berada di zaman kanak-kanak lagi.

Seseorang yang mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sejak dari awal, akan mempunyai status pemakanan yang amat bagus dan mempunyai bekalan yang cukup sehingga ke awal kandungan.

Dengan meneruskan tabiat ini, beliau bukan sahaja dapat mengelakkan kekurangan nutrien, malah beliau juga akan memastikan anak di dalam kandungannya sentiasa sihat.

Pada masa yang sama, kata Dr. Noor Aini, ibu-ibu yang mengalami kekurangan nutrien di dalam pemakanan, akan menyebabkan tumbesaran bayi di dalam kandungan bermasalah.

"Semua bekalan yang ada di dalam tubuh badan ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.

Jika beliau tidak mengubah tabiat pemakanannya, anak yang di dalam kandungan juga akan turut terjejas," katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka berdua.

"Pada masa yang sama, kita tidak perlu makan untuk dua orang. Terlalu banyak makan dan nutrien juga akan mengundang musibah," tambahnya.

Perkembangan janin

Janin akan mengalami berbagai-bagai fasa pertumbuhan seperti hiperplasia (pertumbuhan sel), hypertrofi (pembesaran sel) dan juga pengkhususan sel sehingga minggu kelapan.

Janin ini juga bergantung sepenuhnya kepada nutrien ibu. Nutrien juga amat penting untuk memastikan pertumbuhan plasenta yang sihat.

Setiap organ mempunyai masa pertumbuhan kritikalnya yang tersendiri. Contohnya, otak mempunyai pertumbuhan kritikal semasa minggu ke-18 kandungan.

Kekurangan nutrien akan menyebabkan kekurangan sel otak, merencatkan pertumbuhan serta perkembangan otak.

Pertumbuhan dan pembesaran bayi akan berkembang dengan pesat pada minggu ke-12 hinggalah ke minggu ke-36 dengan pertumbuhan maksimum pada fasa trimester ketiga.


Puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu.

Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa.

Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak.

Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta.

Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.

Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:
  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Ibu menyusu

Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam.

Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu.


#mama harap baby dalam tummy mama ni kuat tau..samasama puasa dengan mama ye..#

28 Jul 2012

Alhamdulillah..'DIA' Hadir Seperti Yang Dirancang..

Alhamdulillah, alhamdulillah, syukur alhamdulillah... *boleh agak tak?
"Dia" hadir seperti yang dirancang..


pink tu chek sendiri, putih chek kt klinik

Rezeki dibulan July..hadiah hari jadi untuk papa dan aryan..
Maka genap la usia kandunganku 8 minggu ++ persamaan 2 bulan + +...
Tu sebab blog aku sekarang jarang di update..
Simptom malas menguasai diri sekarang ni..
Nak buat entri ni pun ambil masa berhari nak habiskan satu cerita..

Rancangan aku nak pregnant balik bila aryan berusia 2 tahun dan beranak sebelum 30 tahun berjalan lancar seperti dirancang..amin...
Kira bb ni macam bunting pelamin gak la, macam aryan dulu..kuikuikui..
Baru try bulan lepas..tak sangka bulan ni terus lekat..alhamdulillah..

Due dijangka bulan 3 tahun 2013..insyaallah..
Ada sapasapa nak join bb 2013? moh le kite...hihihi..

Buat masa ni, aku tak ada morning sickness sama macam aryan dulu..
Cuma kali ni, aku kerap sakit kepala..Pastu alah lain, loya dan nak muntah sume ada la..selalu kena time malam..
Paling tak selesa lemah badan..rasa nak melepek jee..naknak bulan posa ni..
Nasib baik bab makan tak ada masalah....cuma, biasa la ada yang kite suka sekarang jadi tak suka..
Salah satu nyer spagetti carbonara...buat masa ni aku tak leh telan..aku tengok picca orang post pun dah kembang tekak..prrrfffff......
Dan selalu kena angin masuk perut..if makan lambat..nanti dia naik kepala, pastu sakit kepala datang dan nak muntah sekali..tu yang tak tahan..tapi bulan posa ni ada yang ok dan de 1 hari tak ok..huhuhu
Kali ni macam malas nak berjalan sangat..naknak ke tempat ramai orang...setakat pusingpusing dalam kereta, ok..
Aryan dulu steady je aku berjalan..entah la..biasa la mesti ada beza 1st n 2nd pregnant..
Hope semua nyer ok nanti..kalau tak, tak shopping raya la nanti..

Papa?? papa opkos la suka..berani dia tak suka..sekeh kang..
Dan papa dah kata "ma dah gemuk la sekarang"..
Cit, tapi mang perasan pun badan dah naik..lepas ni akan gemuk selama 9 bulan..heheheee
Biasa bila anak 1st boy, nak 2nd gurl..kalau 1st gurl, nak 2nd boy..macam tu juga weols, kalau boleh nak gugurl kali ni..tapi tak baik la mengharap sangatkan..
So weols berharap semoga bb ni sentiasa sihat dan sempurna hendak nyer..tak kisah la gugurl or boiboiiiiii..
:)



Ni aku baru scan pagi tadi...sebab aku ada rase sakitsakit sikit kat tepi perut dari petang kelmarin lagi..
Doc dah chek sume then kata " tak ada apaapa, cuma banyak buat keje..tu rasa sakit.."
Nampak tak bb aku tu dalam bulatan merah tu..kecik lagi baru 8 minggu ++...
Then doc scan jantung dia..kelipkelip je..dup dap..dup dap..hihih..comel je..
Alhamdulillah everything is ok....

Dan aku berharap kalian doakan aku dan bb sentiasa sihat dan jauhkan kami dari melapetaka ye..dan aku juga doakan kalian yang ingin menjadi seperti aku juge..
Amin..amin...amin..Ya Rabbal Alaminn..


P/s utk aryan:
                   
Aryan anak mama dan papa yang pertama..bb dalam tummy mama anak mama dan papa yang kedua..adik aryan..duadua mamapapa sayang..mama harap aryan dapat jadi abang yang terbaik untuk adikadik nanti ye..dan dapat jaga mereka sebaik mungkin..Nanti bila bb kuar, aryan kena sayang bb tau..tak mau gadogado..nanti papa cubit..hihihih..

P/s utk baby:

Untuk bb, mama harap bb sentiasa kuat dalam rahim mama macam abang aryan dulu..apa pun terjadi bb mesti kuat tau..dan sentiasa sihat bagai juara...papa, mama dan abang aryan sayang bb..


26 Jul 2012

Happy Birthday Sayang >3>3



Happy birthday yang ke-2 sayang, Putera Myrza Aryan..
Mama dan papa berdoa abang aryan sentiasa sihat tubuh badan dan kuat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..
Menjadi anak yang soleh, taat pada ibubapa dan berjasa pada bangsa dan negara...
Amin...Amin...Ya Rabbal Alaminnn...



#malam ni kalau sempat kite celeb ye sayang..kalau tidak, nanti kite celeb ye..


21 Jul 2012

Ramadhan 2012


Alhamdulillah....berjumpa lagi ramadhan kali ini..
Dan ramadhan 2012 persamaan 1433 amat bermakna sekali bagi aku...
~_~

Oleh itu aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada membuat kesalahan baik yang tidak disengajakan atau disengajakan..
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T..Insyaallah..

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa"




19 Jul 2012

WW 180712 : Next Week Beday Budak Cinonet Niii





#pekena aku duduk belakang..eemmmm de sebab, sebab nyer mam besaq katakan..hihihih#

14 Jul 2012

Kelaut Weeii..

Salam Jumaat uols..

Tajuk n3 tak menahan..
Bukan nak ajak g laut..ingat nelayan k..kuikuikui..

Tapi mood blogging aku dah kelaut ni weeiii..
Dah musim tengkujuh gamak nyer *ok stop merepek.


Buka blog, pastu hadap la blog lamalama,igat nak buat entry..
Tibatiba mood malas datang..suda nyer minimize la blog...
Just blogwalking jee..tu pun rasa nak baca, baru bw la..

Eeeeemmmm
~_~


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

12 Jul 2012

Pavlova Order By Efah


Ni pavlova order dari my frezz efah..
Ikutkan tak nak ambil...malas la..
Tapi fikir kawankan so ambil la juga..

Mungkin ini yang last kot ambil order..
Then akan dibuka balik sehingga mood rajin sampai...
Boleh gitu? huhuhuhuh
Buat masa ni mang tak larat la nak membaking..
So harap maaf la ye..

11 Jul 2012

Semperit Oooooo Semperit

credit by google

Tibatiba nak makan biskut semperit lak...boleh????
Dengan kelembutan biskut nyer, bila masuk mulut je terus cair..
Aduh, tak tahan...

Nak buat untuk masa ni memang malas laaa...
Nak tunggu raya lambat lagi..
So sekarang tengah mencari orang yang membuat biskut semperit..
Nak makan sebelum posa ni...hihihihih..

Sempat ke nak cari ni???
Tak apa, nak makan seribu daya..


10 Jul 2012

Hero Malaysia Kesayangan MamaPapa

Assalamualaikum peeps...

Cuti 4 hari, 4 hari juge tak sempat blogwalking..
Ni baru ada kesempatan..

Banyak entry nak buat tapi mood tibatiba macam kelaut la pulak..
Adoiii macam mana tu...
Mood M.A.L.A.S sudah datang ke? alor tak mahu la...

So just update apa yang rasa nak tulis je la..
Tak pun kite tempek picca sudah..
Update gak tu kan...hihihihh


Ini dia hero malaysia...
Weeeyyy...


Selipar abg udin dia pakai..
Tu besar dari kaki..
Baju ni papa belikan untuk dia..
1st time dia ada baju or jersi bola ni..
Sebelum ni cari, besar la..tak minat la tengok mengelebeh je pakai..


"Cantikan baju papa belikan untuk saya"
Semua puji baju dia cantik..senyum kambing dia...
Abang udin pun pakai sekali baju malaysia biru gak..
My mom n my sis kata, nampak dah besar aryan bila pakai baju ni..
Serius, aku pun dah rasa big boy dah aryan ni..
Ye la, lagi 2 weeks aryan nak masuk 2 taun kan..



Waktu ni malu, mama nak snap picca dia..
Dia tak nak pandang, pastu senyum malu..
Cit la adik ni..


Ok la itu saje nak cete..
Entah la tak ada idea dah..
Babai...





6 Jul 2012

Salam Jumaat

Bersiaran dari rumah ye hari ini..
Sebab nyer makcik cuti 2 hari,semalam dan hari ini..
Babysitter aryan balik kelate seminggu..
So selasa dan rabu papa dah ambil cuti jaga aryan..now mama lak..

Budak cinonet ni papa jaga dia, tak reti duduk rumah...berjalan je papa bawa dia..
Tapi kalau dengan mama, duduk rumah je la ye dik..nak jalan tunggu papa balik..

Rasa seronok je jadi suri rumahtangga ni..layan anak jee..tapi kadang leh datang naik angin gak dengan budak cinonet ni..
Sabar ye la dengan sayang mama ni..
Ni next week, hantar rumah bs dia nangis la meraungraung..
Dah syiok seminggu duduk rumah dengan papa dan mama ni..

Ok la babai, nak layan budak cinonet ni..
Hapy weekend uols..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 Jul 2012

Pavlova Order By Syima (Blogger)


Ni pavlova order dari syima (blogger)..
Tak sempat nak jumpa dia, sebab dah ke bangi hantar my sister balik rumah dia..abg ipar pergi kursus kat sarawak..
Kalau tak dapat jumpa blogger seorang ni..tak apa, nanti de rezeki kite jumpa..

Pergi kedai bakery cari banner happy anniversary..
Tapi tak ada pulak..sudah nyer buat banner sendiri lagi...
Boleh la ye..

Tqsm ye syima..

4 Jul 2012

Aryan Di Kidzsport And Gym

Di cerita sambungan lepas celeb beday papa kat Serai Empire..
Weols bawa budak cinonet tu pi main kat kidzsport..
Selalu nak pergi asyik tergendala jee..so kali ni kasi can kat dia biar main puaspuas..

Untuk kanakkanak bawah 2 tahun - RM12
Untuk kanakkanak atas 2 tahun - RM35
Aryan belum 2 tahun..25hb ni baru genap 2 tahun..
So dapat la price RM12...hihihihhi..

So meh layan dat picca...









Betulbetul puas dia main sampai tak nak balik koo..
Jenuh pujuk la..nanti kita datang lagi dik..



3 Jul 2012

Celebration Beday Papa >3>3>3

Hari ni 02 July 2012 beday my lovely husband Mr. Papa..


Hapy beday syg..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..i hope you will be a great husband and father in our family...we love u, papa...muaawah...

.................................................................................................................................
So semalam pergi celeb beday papa in advance...
Kalau nak pergi hari ni, rasa tak sempat..sebab papa balik kerja lambat..
Tak tahu nak belanja makan kat mana..sudah nyer ke Empire Gallery jee..
Aku belanja makan kat Serai @ Empire...


Ni sementara mak tunggu makanan sampai..
So aku menyibukkan diri dengan snap picca...
Ni antara deco kat Serai ni..sejuk la mata memandang..



Duaorang kesayangan aku..
Aryan tu kejap ja la macam tu..



Tengok la budak ni, kan dah cakap..mana la reti duduk diam..
Kadangkadang nak naik angin papa gak..
Sebab dia kalau main kat area situ tak apa..ni entah manamana dia pergi..
Sabar je la dengan aryan ni..

Wife beday boy...cewahhh..
+________________________+



Ni yang weols order..
Air milky bandung untuk aku..papa air serai..eemm serai pe tah..lupa lak..
Aku ambil sea food char ketiew..
Papa satay beef and chicken..sampai 2 set ko..celeb untuk dia kan..so tak apa la..
Aryan fish and chip.. 

Portion dia agak besar gak la..jenuh aku nak abiskan ketiew tu..sudah nyer tolak bagi papa..so far ok..
Satay dia ok sedap..cuma kuah kacang ade kureng sikit..
Air serai dia elok betul untuk kesihatan..aku kureng sikit suka la..hihihih..
Price dia agak mahal la gak ye..untuk papa its ok... *wlpn terkejut gak tengok bil..wakaka


Sayang nyer dia...
Sayang papa hingga ke akhir hayat...

Hadiah apa untuk papa.....


^


^


^


^


^


^


^


^


^


Tiada hadiah yang mahal atau berjenama..
Hanya coklat bar sahaja..
Semoga perhubungan kite sentiasa manis, seperti manis coklat ni...love u so much papa..
@__________________@



# kalau nak order coklat macam tu pergi http://www.chocolatwrapper.com/ #