28 Jan 2011

Tupperware

Sejak aryan ni dah mula makan...mama rase seronok sangat..

Lagi2 bila kite masak utk dia...walaupun hanya buat kentang lenyek je...bila dia makan sampai habis..penat lelah ke sana sini berbaloi2...

Dan mama rase berat aryan makin bertambah je..sebab dah dukung kejap terasa mantap nye..lenguh weeii..

Dan disebabkan itu, mama nk cari tupperware yg de tempat letak spoon tu..senang la sikit..tak ada la spoon tu patah k nanti kalau masuk dalam beg..nak bawa g mane2 pun senang kan..

Kalau boleh nak cari mcm ni la..



Mood

Happy...Happy...Happy


*tak sabaq..boleh berjimba2 



27 Jan 2011

Selamat Ulang Bulan - 6 Months

Semalam 25hb genap la aryan 6 bulan...

Perkembangan dia sekarang:-

~ Suka / kuat makan *part ni paling sonok*
~ Suka gigit tangan / jari orang
~ Makin melasak...
~ Dah pandai pegang botol..tapi kjp je la..
~ Kalau dukung tangan dia tak reti duduk diam..habis org yg dukung dia tu ditarik telinga,tarik rambut dll..
~ kalau meniarap dah berpusing2
~ Apa yg dia dapat kt tangan dia..sume masuk dalam mulut..
~ Dah pandai memilih orang gak..





Selamat Ulang Bulan Sayang


26 Jan 2011

Solid Food Aryan

Yeee aryan dah start mamam.....saat yang mama tunggu kan...suka..suka..suka..

Aryan mamam lagi berapa hari nak 6 bulan..itu pun masa chek up dia 5 bulan 2 minggu pun..doc kata dah boleh bagi makan..tapi aku tunggu dulu la..

So tiba la masa nye....*mama yg over excited ni*

Resepi Pertama


Kentang


 Dipotong dadu dan derebus sehingga lembut..



Blender kan dia sehingga hancur..


 Seperti begini..


Di campur sedikit dengan susu aryan..Sedia di makan..


Resepi kedua



 Kentang & Lobak merah


 Potong dadu dan direbus


 Blender dan sedia di makan..

Jom makan....












buurrrppp...alhamdulillah..

nak makan pun tak reti duduk diam la kamu ni...

walaupun penat..tapi bila tengok aryan makan sampai licin..hilang penat dan berbaloi-baloi.

para blogger nak tau gak..umur mcm aryan ni..koorg bg berapa kali mkn ye??

dan klu ade resepi yang menarik meh la share bersame ;-)





25 Jan 2011

Dapat Hadiah dari????

Wahh..wahh..malu nye aku..aku dapat hadiah dari rose sebab aku adalah FOLLOWER KE 300..


Rose kata blog dia cap ayam....blog saya pun cap ayam gak..cap ayam brand...hihihihihi 

Pe pun thanx ye pada Rose :-)


Cuti Panjang + Cirit-birit + Demam

Wah...dah lama tak buka blog...disebabkan cuti yang panjang di campurkan dengan EL lagi.

EL sebab aryan cirit-birit & demam...

Aryan cirit-birit start 17hb malam sampai 22hb malam baru kurang sikit..tapi still berak sampai hari ni..cuma dalam shari ada la sekali dia berak..

Start dia cirit esok nye dia demam panas..dah la masa tu aku banyak keje..terpaksa kena balik lambat..nak dekat pukul 7 baru aku keluar opis.masa keluar opis, along aku call kata aryan demam panas..cuak giler aku.sebab sejak lahir aryan tak pernah kena demam panas.setakat suam2 tu de la..lepas cucuk..aku pun pe lagi cepat2 suruh papa bawa kereta..yang papa lak cool je,kata nye biasa la budak2 demam..siap singgah isi minyak & g toilet lg..yang aku ni dah tak senang duduk..sampai je rumah dah nampak aryan kt depan pintu dengan atok & maklong dia..along tengah basah2 kan rambut dia dengan kain..muka aryan aku tengok dah merah..papa ambil la dukung dia..terus dia nangis tak henti2..pe lagi cuak arr mamat tu...baru dia tau...sampai aku nk g toilet pun dia jerit cepat2..

Senja2 aku g klinik..klinik yg biasa aku g lak doc dia takde..pukul 8.30 baru masuk..aduh..aryan dah merengek2..cari klinik lain lak..nasib baik doc chek kata dia nyer panas tak over sebab  kepala dia dah basuh dengan air sejuk..tengah2 doc chek aryan cirit lg..

Masa baru2 dia cirit-birit dalam sehari nak dekat 10x aku rase...sampai bontot dia merah tau..tiap kali nak cuci dia menangis sebab pedih..sampai suara dia tak de la asyik menangis..sedih sangat2 tengok dia..

Tapi alhamdulillah dia demam sekejap je..tak meleret 2,3 hari..



Sabar ye sayang..sayang nak besar la tu..

#ada 2,3 entry aku nk buat..tp disebabkan bz giler ni..aku uat yang mane dan dulu la ye..



19 Jan 2011

Cerdik

Tersentuh la pulak pagi tadi..sebab masa nak hantar aryan kat rumah bbsitter dia.bbsitter nk bil dia,dia tak nak..2,3x la bbsitter dia nk ambil dia xnk..ke main kuat dia pegang baju mama..budak ini sudah cerdik dan sudah kenal orang laa..sabar ye sayang,esok mama last keje..duduk la 4 hari ini puas2 dengan mama ye..

Tapi start malam tadi hingga pagi tadi..dah 3x kali aryan berak cirit-birit macam berbiji tu..nenek dia kata,nak beralih bulan..mungkin ye,sbb next week dia masuk 6 bulan dah..harap2 dia ok la..

Budak ini dah banyak akal... 


15 Jan 2011

VS

Yeeee...semalam barang yang mama order sudah sampai.........

Apakah barang nye yee...



Ha...ini la dia.....
Tak clear lak picture nye...
-
-

-

-


Ha..ni baru cun...

VICTORIA SECRET

 BERRY KISS

PERFUME EDT 30ML

#aku beli online je kat fb - Borneo Kidz Collections

 

 

12 Jan 2011

Walkers

Nak cari walker..nak cari walker..............

Sekarang aryan dah tak mau duduk diam..kalau pegang dia pn dia tak mau duduk..dia nak berdiri...
dia boleh berdiri dengan kita pegang dia selama 1/2 jam...huuiisskkk...tapi kita ni la yg penat nye..
so atuk n nenek dia pn dh bising suruh beli walker..letak dia kat dalam tu..suka la dia nanti boleh k hulu hilir...
tapi kena monitor gak..takut gedebuss jatuh lak..

so sekarang tengak survey............

yg mane ek???








dapat yang ni macam best je...


pe pun...pilih yg mana berkenan n tgk bajet sekali..hihih...


Anak Papa

jeng..jeng..jeng

*

*

*

*

*

*

*

*


posisi tidur yg same..huhuhuuhuh

 

6 Jan 2011

Today 1/2 day and chekup

Hari ini aku 1/2 day..sebab hari ni chekup aryan untuk 5 bulan..dan injection 3 serangkai tu..

Aduhh...risau nye la kalau dia demam lepas kena injection tu..sebelum ni tak pernah lak dia demam lepas kena injection..kali ni takut lak sebab 3 serangkai kan..

Hope dia tak demam la........

Lelaki mesti kuat tauu...
 #ok nk blk..bye.....



 

5 Jan 2011

Solid Food....

N3 pembukaan untuk tahun 2011...

Yeeeahhh..this month umur aryan 6 months....

So aryan dah boleh mamammmmm.......

Syiokkkkk nyeee......

sabar ye syg...sikit je masa lg syg leh mkn..jgn mkn shoes tu lak..


Belek punya belek jumpa la panduan makanan kepada bayi...

Meh share bersama...


1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi.
Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.


12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)

• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
 
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)

Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Di sebabkan aryan dah leh nk mamam

*
*
*
*
*
*
pe yg mama rembat ni....

jeng..jeng..jeng....

*
*
*
*
*
*
*
haaaa..ini la dia....kan tgh sale lg..so rembat saje la...

Untuk permulaaan mama dh beli kan aryan 2 jenis nestum ni
*
*
*
*
 Yang ni standby utk rumah bbsitter..

Nanti mama nak g beli kentang,carrot,apple nk uat sajian yg fresh utk bamm..bamm..