28 Okt 2011

Sudah Mabuk Dengan Cream Puff

Salam jumaat...

hari tu mabuk pavlova..skrg mabuk cream puff lak..malam tadi buat lg..bw bekal untuk opis dan bekal utk my sis juga.

Sebab nyer semalam balik je keje terus pergi cari nozel yg besar utk buat puff ni..sblm ni nozel nyer kecik,itu utk buat deco cupcakes..bila dh beli nozel,pe lg terus nk buat la..mlm tdi gak godek..so boleh la buat jamu selera pg ni kt opis..along aku kata sedap,boleh buat raya haji kata nyer..hihih..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Cream Puff & Cream Custard

Kali ni buat cream puff lak..

tengok ramai gak dah cuba..dan resepi nyer mudah je..

tapi sebelum ni aku bukan layan sangat cream puff ni...bila dah dicuba & rasa sedap lak..

so boleh buat lagi.tapi cream puff aku kecik je..may be sbb nozel tu size kecik kot..kena beli yang besau sikit..



CREAM PUFF
Sumber: MasamManis
by: Ana


100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 


Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.


CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ana tambah
sedikit pewarna kuning - ana tambah


Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.



25 Okt 2011

Fruity Choc Steamed Cake

Mood membaking sudah kembali...

so kerja nyer untuk 2 minggu ni membaking je lar..

lagi pun bahan2 masih ada lagi...

so kali ni nak buat kek kukus lak..


Fruity Choc Steamed Cake

Sumber: MasamManis
Dari: Ana


Bahan2:-
5 biji telur - grade A yg sejuk - dr peti ais
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh choc emulco
ceri merah dan hijau yg dicincang secukupnya
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, buah ceri, serbuk koko, esen vanila dan choc emulco
Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian.  satu bahagian letakkan serbuk koko dan choc emulco. satu bahagian lagi letakkan perasa vanila dan boleh juga letakkan pewarna.
Loyang dialas kertas dan sapu butter . Ratakan adunan pertama  kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

Buat hingga habis lapisan akhir taburkan buah ceri merah dan hiaju dan kukus semula.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

21 Okt 2011

Rasa Mahu Tukar



Macam dah boring tengok backgroup blog aku ni..

Rase nak tukar backgroup dia.tapi memerlukan masa agak lama nak pilih,nak tacap sikit..

Bila dah ceria blog,baru datang semangat nak memupdate blog..

Tapi yang malas nak tukar sbb post2 yg kt tepi tu nanti lari..dah susunan dia tak betul..nak betul kan lagi..aduh leceh nok.

So macam mana??

Adik tolong mama boleh
(◑.◑)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kek Coklat Untuk Beday Ma & Isyraf

Pada 17/10/11 beday my mom and nephew, isyraf..

Pastu tengok strawberry dalam peti ais yang beli masa pergi cameron ade lagi..then bahan2 untuk kek semua ada..so lepas balik je keje...terus masuk dapur buat kek...

Masa kat opis dah belek2 cari resepi kek coklat yang simple je..so jumpa la kek ni..KEK COKLAT 2 MINIT...memang nama asal dia tu ye...



KEK COKLAT 2 MINIT
Sumber : Mamafami
Dari: Ana

Bahan2:

1/2 cawan tepung naik sendiri - Ana pakai tepung gandum + baking powder
1/2 cawan gula superfine - Ana pakai gula kastor
2 sudu besar (paras rata) serbuk koko
secubit garam
1/4 cawan mentega cair
1/2 cawan susu segar - Ana pakai susu cair
1 butir telur
1/2 sudu kecil esen vanilla


Kaedah penyediaan :

Masukkan bahan-bahan di atas mengikut turutan ke dalam mangkuk pembancuh. Pukul selama 2 minit. Tuangkan ke dalam tin pembakar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 C (oven kecil) sehingga kek masak, lebih kurang 25 - 30 minit.
*Kepada ma, selamat ulang tahun semoga ma panjang umur supaya dapat melihat kebahagiaan anak2 ma ni...sentiasa sihat selalu supaya dapat bermain2 dengan cucu2 ma...dan sentiasa diberkati..amin..
Kepada Nik Muhd Isyraf, selamat hari jadi.. semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada ibubapa dan Allah.. dan belajar sunguh2 ye..*


18 Okt 2011

My Pavlova....

Sana sini orang cerita pasal pavlova ni..dulu xambil port sangat..

tapi asyik dengar orang bercerita je..nak2 buka blog masakan ke blog sdn bhd ke pun cerita pasal pavlova ni..

beli buka resepi SAJI pun de resepi pavlova ni..terus rasa mahu pun..

sebelum nak buat kasi tanya dulu orang yang pernah buat..

so sumber rujukan aku adalah : Majalah SAJI, MasamManis, Nano & Dayu .. thank ye u all..


ini 1st trial aku nyer pavlova..ku ingat tak menjadi..rupa nyer mang mcm tu dalam bentuk pavlova nyer..

so esok nyer..pg2 lg aku dah buat lg pavlova ni..sampai laki ku heran pg2 dah membaking..

huhuhu..nk buat mcm mane pavlova ni dh merasuk bini mu ini..


ha, ini 2nd trial...



ini rupa bentuk lepas dipotong ye..pavlova ni manis so kena kurengkan gula tu tau..bila kite makan dengan buah segar strawberry,anggur & oren oren..bila kita makan rase masam manis..so ok la tu..

resepi nyer mudah sangat2..try la buat koorang..


PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ana letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur + gula dengan kelajuan maksima hingga menjadi meringue..bila kita terbalikkan bekas dia tak tumpah..
masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka.
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - dibelah dua
Anggur -  dibelah dua
Oren

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan
pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar

*Selamat Mencuba*

15 Okt 2011

Cameron Highlands - 08 & 09 Oct 2011

Yeeahh..selamat sudah bercuti a.k.a hanimoon..

celeb in advance for my beday and our 2nd anniversary..

so ni nak buat n3 bergambar je la ye..






































*harap maaf malas nak besau kn picture ler*

8 Okt 2011

Bercuti

Yeeeeyyyyyy esok mahu pergi bercuti.....

mahu celeb sempena my beday and anniversary yang bakal tiba

mood : happy giler ok..

dan mahu tenangkan fikiran..tak mahu pikir pasal work..work..

cukup la minggu lepas yang menyesakkan nafas aku kat opis ni..huuuuhh....

mesti aryan happy dapat berjalan kan..


* _ *

kemanakah kami akan pergi bercuti????

jeng..jeng..jeng..jeng..

-

-

-

-

-

-

-

-

-


haaa, sini la..dapat tak jawab di mana ni....

pandai pun....




# Cameron Highlands c u tomorrow #

5 Okt 2011

Testing 1,2,3

Hello blogger!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Red Car


Papa ku pulang dari kota...

papa ku beli kan kereta....

kereta kecil warna merah...

boleh ku bawa ke sekolah...

pon..pon..pon..pon...

pon...pon..pon..pon..


car ni papa beli lepas hari raya hari tu....

kata nyer untuk hadiah hari jadi dia bulan 7 tu..papa yang nak beli kan...mama ikut je ler..

mula-mula suka la....pastu dah tak heran nyer..kalau nak main pun kejap je la..


kalau macam ni dia suka la...

bawa jalan2...pusing2 taman...

kalau main dalam rumah je..eemmm kejap beno..

tengok tu sampai papa berpeluh tau..adik syiok je duduk dalam car...

^_O