25 Jun 2014

Bertiga Pun Susah, Apatah Lagi Berempat..

Assalammualaikum uols..
Mood masih kelaut..banyak benda nak update tapi tak ada mood..
Cuba mencari mood kembali..
Bento pun dah kelaut..rindu giler nak berbento..
Tak pasti mood ni sampai bila...

Ni disebabkan ada 4 BE tengah on going..
So cuba la update pe yang patut..
Hope earning terus bertambah..


Ni picca last weekend haritu..masa majlis pertunangan adik ipar..
Susah betul la nak snap picca dengan budak dua orang ni..
See, aryan tak nak snap picca..geram aku..
Ni bertiga pun susah nak snap picca bersama..apatah lagi berempat..eemm..



posted from Bloggeroid

20 Jun 2014

Hi-tea Dominos

Assalammualaikum uols..
Al-fatihah...

Hi-tea dominos kita orang petang ni ye..
Pakai voucher late yang aku dapat dan ada orang belanja..

Tu dia rupa makan dominos...muahaha.
Perut dah kenyang..jom pulang..

Tak lupa gak hapy beday in advance to my bff a.k.a opismate,  Azlen Hani..
Sweet 31th yo...

*hadiah dah dapatkan...

posted from Bloggeroid

19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalammualaikum uols..

Sapa sekarang follow cete Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3? angkat kaki!
Setiap Isnin - Khamis..jam 7 mlm - 8 mlm..Slot Akasia..


Mulamula tengok macam boring je sebab izreen tu berlakon macam kelamkabut je..
Rupanyer watak dia dalam cete ni memang kelam kabut je..
Kelakar tengok watak dan perangai dia dalam ni..terkekek aku gelak..hahaha..
Papa pun layan gak cete ni if dia balik keje awal...

Macam biasa cete dari novel difilemkan jadi drama..
Tulisan dari Umie Nadzimah..setakat ni tak ada kemaruk lagi nak beli novel dia macam cete Setia Hingga Hujung Nyawa dulu, siap novel aku beli..

Pastu tengok hero dia Si Tajul Razin lakonan Amar Baharin ni..
Macam so sweet je walaupun ego nyer tinggi dalam cete ni..
Pastu dengan muka macam jambu tu terus tengok sambil feeling gitu..hahah..


Dan tak pasalpasal terus following dia dalam ig..over gitu..
Jangan risau si hitam manis totap dalam hati..hihih

Sedikit sinopsis untuk cete ni..

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan 
keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.
Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. 

Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi. Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah.

Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah.

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?


posted from Bloggeroid

18 Jun 2014

Bento Arfan#80&81 : Roti Telur Cheese

Assalammualaikum uols..

Lama giler tak berbento wei..
Mood kelaut sangatsangat lately ni..
Pagi tadi try berbento kembali walaupun kelam kabut..


Bento arfan pagi ni yang ke 81..
Simple je..cuma tekak omak nyer teringin nak mkan roti telur cheese..
So bangun masak lajulaju..hias pun mana ada je pun..


Ni omak nyer punya bekal pagi tadi..
Selalu buat roti telur kosong je..kali ni try kapit cheese..
See cheese yang melty tu..peeerrhh ..
Sodap...kena lak dengan nescafeo panas..walawei..

Dah post entri baru perasan de 1 picca bento skip pulok..
So edit balik entri ni nak post 1 picca bento haritu punya yang ke 80..


Pastu dah edit kasi post balik...hahaha..
Macam tu pun boleh..

posted from Bloggeroid

17 Jun 2014

Subang International Air Carnival

Assalammualaikum uols..

Ni cete weekend baru ni.last minit punya plan..
Ikutkan nak pi makanmakan sempena hari bapa..tuptup, papa bawa kesini..
So jom anakanak tengok aeroplane..


Subang International Air Carnival..
Tiket masuk untuk dewasa RM15 sorang dan kanakkanak RM5 seorang..
Tapi agak kecewa gak sebab dah masuk bayar tapi tak ada air show..
Tengok anakanak hapy so hilang sikit rasa kecewa tu..


Mama wif kiddos..
See tangan si kecik tu..mana la dia ajak pi tu..
Tak tentu arah kot sebab banyak sangat aeroplane..


Kasi naik helikopter untuk snap picca...
Arfan mana reti duduk diam...kang ada yang terjun dari helikopter tu..


Dah la hari bapa, bila tengok macam ni..
Alahai, sayu je hati..hihih..
Mama lap u la papa..



Yang ada berlegarlegar hanya helikopter ni je..
Papa tanya nak naik RM150..seorang ke apa ke aku tak tanya lak..


Behave lak budak kecik sorang tu..hahaha


Sayang bucuk kerinting mama ni aish..


Sebahagian helikopter yang ada..
Tak sempat nak snap picca sume..
Bateri sudah habis..


Aryan suka sangat time ni..
Bila tengok picca ni, dah besar anak sulung aku sorang ni..


posted from Bloggeroid

16 Jun 2014

Rindu Nak Berbento

Bila nak start balik ni..eemmm..
posted from Bloggeroid

Selamat Hari Papa



Selamat Hari Bapa, papa. .
Thank you for being a part in my life..
Mama, aryan & arfan love..love..love u...
Muaawah..


*Tidak lupa jugak pada ayah mertuaku, En Muhamad dan untuk arwah abah yang sentiasa ada dalam hati ni,Tengku Jaafar..Al-fatihah..Selamat Hari Bapa...

posted from Bloggeroid

12 Jun 2014

Polaroid Hung In Frame

Assalammualaikum uols...

Harini tak berapa bz sangat..
Audit dah nk sampai penghujung..
So moh update pe yang nak di update..

Haritu tengok Saffiya di TV9..
Ada tunjuk pasal poloraid photo..tengok punya tengok macam berkenan je..
So cepatcepat cari dalam ig dia punya nama..CINTAFASCIA..
Tengok dalam ig dia bertambah berkenan..


Lepas keluar dalam Saffiya dia ada buat promotion untuk polaroid hung in frame..
Untuk 3 frame RM75..so pikir punya pikir, aku order la untuk family kecik aku ni..


1 frame untuk Putera Myrza Aryan..
Picca dari dia dalam perut hingga sekarang..


1 frame untuk Putera Mykail Arfan..
Same gak picca dia dari dalam perut hingga sekarang..



And last sekali frame untuk kami suami isteri..
Tu semua picca dah halal ye..kira picca honeymoon dulu..
Pastu untuk roll bawah aku letak picca bertunang, nikah, malam berinai dan majlis besar..

So kalau ada sapasapa yang berkenan..pi terjah kat instagram search nama CINTAFASCIA ye..
Bukan ni je dia ada, photo magnet pun ada..untuk event favors pun ada..
Sila terjah okay...

posted from Bloggeroid

11 Jun 2014

REZEKI



Rezeki anak-anak, inshaallah pasti ada.
Aminn..
posted from Bloggeroid

7 Jun 2014

Blog Kena Spam!!!!



Blog aku kena spam...bengang giler vavis ni..
Makin teruk lak..
Nak spam blog cabuk aku ni..pi la spam blog yang femes..

Tak pe, aku sekarang tengah buzy..tak sempat nak godek pc nak buat macam mana..
So kalau de entri yang bukanbukan tu..bukan dari aku la ye..so sorry..
Ko tunggu la nanti!!!
posted from Bloggeroid