30 Sep 2013

Majlis Tahlil 40hari + Doa Selamat + Beday Aryan 3yrs

Assalammualaikum uols..

Alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil 40 hari untuk arwah abah persamaan hari sabtu 28 sept 2013 kelmarin..
Termasuk juga majlis doa selamat untuk adikku dan aku selitkan juga celeb beday untuk aryan..
Aku memang dah niat nak buat beday dia dulu..pastu time tu arwah abah tak sihat je..so asyik tertangguh..
Ni bila ada peluang aku selitkan je la..setakat potong kek je pun..





Penuh la khemah hingga tak cukup kerusi sampai bawah pokok depan tu..kat pangkin arwah abah buat tu orang duduk..

Lauk pauk ni semua kami tempah orang masak..sebab kesian pulok nak suruh jiran yang sama je masak..
Pastu nak kena angkut periuk belanga bagai sumua kat dalam stor persatuan..kesian lak pulok kat adik dengan papa nanti..
Pulut kuning dan rendang daging ma masak..sambal belacan, agaragar pun ma masak..
Kek warnawarni angah sponsor..buah jambu dengan asam + tembikai tu jiran sponsor tak silap..
Pastu apam + karipap bakal adik ipar sponsor..ada gak kuih ma tempah..tak ingat la pulok kuih pe..

Pastu kawan baik abah dan jiran kami, wak ribu pun ada bagi duit sponsor lauk pauk tu sikit..
Tima kasih la sapa yang bagi time kenduri tu ye..semoga kalian dimurahkan rezeki selalu..amin..


Goodies bag tu aku buat sendiri..
Semua buat last minit hari jumaat tu gak..
Pastu packing dan lekat semua tu sabtu pagi baru buat..


Nasib baik kek aku sempat order..itu pun hari rabu baru nak tempah..
nasib baik orang tu nak terima..lagi pun mang aku nak buat kek upin ipin sebab aryan kan suka tengok cete upin ipin..
Kek tu 1.5kg RM120..nanti hujung entri aku bagi link kat mana aku tempah..


Okay time tu tiup lilin..dulu aryan menangis takut tengok lilin tu dengan api..
Now tidak lagi, dia yang over excited nak potong kek..sampai melalak tak sabar..huhhh..
Baby arfan pun sibuk gak nak tiup lilin..hehehh..


Pastu sibuk nak potong kek sendiri..orang pegangkan tak nak..siap tolak tangan mama lagi..
Aku risau kek tu terbalik je..


Pastu baru bagi mama potongkan..sebab kek tu tebal so dia tak boleh nak potong..heheheh..


Picca papa ni sekeping je ada..sebab dia yang jadi photographer time tu..
So ni je la sekeping sempat aku snap..jadi la ken..


Wawa dan aniq..anak my bff lily dan amie..lily tu aku nak snap je picca dia larikan muka dia..
Tak nak tunjuk la tu pakai jubah dan tudung labuh macam baru balik mekah hajah lily..wakaaka..
Ada lagi sorang anak dia, aina..


Ni mak yong..tengah pregy anak ke 4..hebat ko wani..hahahahahh..dia telah mengalahkan lily..heheheh
Dia datang bawa baby dalam perut dia je..tentera dia tinggal kat rumah dengan krol suami dia..baguss...


Opismate aku ida dengan anak dia aqeef..dia la tauke buat cheezy layer tu..
Thanx aunty ida bagi bag tomey kat aryan ye..


Picca terakhir dari muka bolat ni budak tak reti duduk diam..
Semua orang datang geram tengok pipi dia..pastu tanya aku dah berapa bulan? berat berapa?
Hhuhuhuh..
Banyak lagi picca tapi aku upload kat fb je la..kat sini sikitsikit jadi la ye..sebab letih nak edit letak watermark..

Tima kasih pada tetamu yang datang..jiran tetangga yang banyak tolong kami..sedara mara dan kawankawan semua..
Tak lupa gak pada yang bagi aryan hadiah dan duit tu..tima kasih banyakbanyak..


P/s:
Tudung4segi Adikberadik - Nor Amira Basri  atau  Nor Iwani Basri
Kek Upin Ipin - Kek Afrina

27 Sep 2013

Smoothie Kiwi

Semalam petang aku buat smoothie kiwi...
Bahanbahan dah lama beli sebab haritu ada lebih susu fresh milk buat cheesekut..
So pikir apa nak buat dengan fresh milk sekotak tu..teringat kat twitter penyanyi shila hamzah selalu buat smoothie..terus la nak buat smoothie..
Bila aku nak buat kelmarin tengok susu fresh milk dah tak ada..adik aku la tu kot minum..habis sekotak..
So semalam petang nak pi beli pad beli sekali fresh milk..
So balik rumah lajulaju buat sementara papa tengokkan arfan yang tengah tido..


Sumber: finieisnajla

Kita memerlukan:-
- Fresh milk
- Yogurt *aku ambil yang fat free gitu..
- Berapa biji buah kiwi


Buang kulit kiwi potong supaya senang nak blander nanti..
Masukkan kiwi + fresh milk + yogurt dan blander sehingga halus..
Uols bole tambah kiub ais, blander sekali..aku tak letak sebab fresh milk + yogurt dah sejuk..


Ok siap sudah smoothie kiwi..
Ada rasa pahit sikit sebab kan kite blander so biji kiwi tu yang buat pahit sikit..macam mana nak buang biji kiwi tu kennn..
Sebenarnya nak buat smoothie strawbery tapi tak ada lak kat matahari mall tu..lepas ni boleh try smoothie strawberry pulok..


26 Sep 2013

Stok Pelbagai Jenis Puree

Aku dah buat stok puree untuk bubur arfan..
Buat masa ni aku buat empat jenis dulu..
Aku buat dalam kuantiti yang sikit je..stok untuk seminggu macam tu..

Tapi aku ingat nak tambah lagi satu puree buah untuk makan petang..sebab time tu kalau dia tengok orang makan, dia nak makan sama gak..


Puree Broccoli

- Ambil berapa kuntum kecil broccoli, rendamkan dalam air sejuk dan basuh sehingga bersih..
- Kukus @ rebus broccoli itu sehingga lembut..
- Akhir sekali blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.

Puree Kurma
- Ambil berapa biji buah kurma, buang biji dalam dan bersihkan.
- Kukus @ rebus kurma tu hingga lembut..
- Akhir sekali blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.

Puree Carrot
- Ambil sebatang carrot, buang kulitnya.
- Basuh sehingga bersih dan potong dadu.
- Kukus @ rebus sehingga empuk..
- Kemudian blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.

Puree Pumpkin
- Ambil sebiji pumpkin bersaiz kecil dan buang kulitnya.
- Basuh sehingga bersih dan potong dadu.
- Kukus @ rebus sehingga empuk..
- Kemudian blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.

Buat stok puree frozen macam ni senang untuk orang yang berkerja..
Uols campakkan je, eh jangan la campak tak baik...uols letakkan jenis puree pilihan kat dalam bubur dia..
Kacaukacau siap..
Pasni aku up cete tentang bubur nasi arfan guna beras yang dah disangai dan diblander halus tu bersama frozen puree..
Okay daaa...



25 Sep 2013

Gaya Terkini Duduk Dalam Walker


Gaya terkini arfan duduk dalam walker..macam gini pun boleh....
Ni kes malas ke apa dik oii..awak kena duduk dalam walker tak boleh nak dukung je..badan awak tu buat tangan orang lenguh kalau pegang lamalama tau..

Chekup last week berat dah 8kg wokay..fuhh, semangat nak ooiii..
Arfan tak nak duduk dalam walker lamalama..nanti dia nangis suruh keluarkan dari walker tu..boring..
Dia kadang lagi suka bebas kat bawah..bergulingguling..kadangkadang entah manamana dia pergi..
Nak suap makan pun susah..ada potensi untuk menyaingi kelasakkan abang aryan..

apa la yang diborakkan dua beradik tu?
Dua orang ni la ubat kurus aku sekarang..
Yang sorang macam gini..sorang macam gitu..
Apa pun mama sayang kamu berdua tau...


24 Sep 2013

Penyediaan Beras Untuk Bubur Bayi

Semalam aku ada cete pasal aku buat siapsiap beras untuk bubur arfankan..
Harini aku up foto cara penyediaan beras tu..
Ada 2 cara, aku buat cara sangaikan beras..1 lagi cara iaitu keringkan beras dibawah cahaya matahari..
Time aryan dulu aku tak ada siapsiap beras nyer..pagipagi masak pastu blander..masa tu tak ilmu cetek sikit..wakakak..



Ambil beras dalam segengam...aku buat stok untuk seminggu je..takut berkulat pulak kalau lamalama..


Basuh beras bersihbersih ye dan toskan..


Kemudian sangaikan beras tu diatas kuali/pan..
Sangai tu bermaksud goreng tanpa minyak wokay..


Dah sangaikan beras tu kemudian blander sampai halus yee..


Kemudian aku tapiskan..tengok tu still ada yang kasarkasar..yang kasarkasar tu aku blander lagi..


Ni beras yang dah ditapiskan..halusssss...
Sebab lepas ni terus masak tak ada nak blander dah lagi..so kena buat betulbetul arr..


Lepas tu simpan dalam bekas kedap udara..ambil la bekas yang mana ada kat rumah tu..
Untuk tahan lama letak dalam peti ais..
Cukup la untuk stok seminggu..nak masak nanti ambil dalam 2 sudu je..

Pagi tadi dah test buat memang super pantas..untuk ibu yang berkerjaya macam aku mang manfaat cara begini..
Sebelum nak mandi masak dulu..ambil dalam 2 sudu beras pastu biar dia masak..
Aku pi mandi..settle pakai baju tengok dah nak masak letak pulak puri yang dah difrozenkan..
Aku baru sempat buat malam tadi puri carrot je..
So lunch harini untuk arfan bubur nasi + carrot..

Petang ni nak pi matahari mall depan tu nak cari labu,brokoli untuk buat frozen puri..


23 Sep 2013

Try Buat Bubur Nasi Untuk Arfan Pulok..

Hari ahad iaitu semalam aku try buat bubur nasi untuk arfan lak..waktu ini arfan dah 6 bulan lebih..
Haritu last buat puri pear untuk dia..
Masa pergi chekup kat kk hari khamis tu, diaorang tanya aku dah bagi makan ke? aku jawab la dah,bagi makan puri buah dan sayur..
Then diaorang kata dah boleh bagi bubur nasi, blander kasi halus..


So hari tu ahad tu aku buat la bubur nasi + carrot + potato dulu..
- 3 sudu besar beras
- sedikit carrot dan potato
Pastu blander kasi halus supaya tak tercekik ye..
Dapat la 2 bekas..so yang kiri tu adalah lunch dia semalam..
Tinggal satu bekas je lagi bawa rumah bs dia tadi..

Habis semalam dia makan..tapi kemain payah nak suap..
Tak reti duduk diam satu..pastu nak makan ye, nak mengamuk pun ye..
Sudah nyer sambil mengamuk sambil makan..habis jugak..hihhi
Tak dan, nak snap picca dia sebab dah mengamuk je pun..huh...

Pastu semalam gak aku dah buat siapsiap beras untuk buat bubur dia..
Aku dah sangai dan blender halus..tinggal nak buat stok puri macammacam jenis je..
So nanti senang aku nak buat bubur dia pagipagi..tak payah nak blander pagipagi tu..
Jimat sikit masa dan bubur nasi fresh punya akan dibekalkan kat rumah bs dia nanti..
Insyaallah semoga kerajinan setiap pagi akan muncul..

Now tengah google pelbagai resepi bubur nasi untuk bayi 6 dan 7 bulan..
Ouh, I'm so excited yo..

20 Sep 2013

Say Cheesekut!!

Assalammualaikum uols..

Kejap je dah hari jumaat..
Mana tak nyer selasa baru keje pastu khamis cuti pulok...huhuhuh..
Tapi bila dah weekend cepat jugak dah nak isnin...
Nak buat macam manakan dah makan gaji..
Citacita terbaru nak jadi housewife dan buat business on9 ke..hahahaha...over..
Insyaallah...

Ni nak cete last weekend aku ada buat dessert baru alaaa mat salih nyer dessert gitu..
Ni tengok opismate buat la, si ida yang buat cheezy layer tu..
Dia post kat fb terus rasa oouhh sedap cheese ni..terus google resepi..ok cantik senang gils nak buat..
So last week baru dapat nak buat..


Cheesekut


 Bahanbahan 1:
 1 paket biskut Deluxe Crackers - tapi aku cari tak ada deluxe yang ado cream crackers so tibai je la..aku yang buat dia pun ken..
Sedikit fresh milk - aku guna dalam 3 sudu besar..uols boleh agakagak macam amsuk sedikit dulu, if nampak macam pekat tuang lagi sikit..sampai tengok adunan tu okay..
1/2 tin susu pekat manis - aku tak guna suku je..tak mahu manis sangat..tu pun uols bole rasa dulu..kalau tak berapa manis tambah lagi susu..
250gm cream cheese - aku guna philadelphia..brand ni mahal sikit la ye..

2) Guna mixer, pukul cream cheese sampai kembang
3) Masukkan susu pekat..kalau nak manis letak la banyakbanyak susu tu ye..
4) Masukkan susu segar..letak lah 3 sb dulu..kalau pekat tambah lah sikit2..kacau sehingga adunan tak cair sangat dan tak pekat sangat ye uolss..
5)Celup biskut dalam susu segar..
6) Susun biskut dalam bekas, bekas tu aku lapik dengan plastik kalau ada kertas minyak lagi bagus..senang nak angkat nanti..susun biskut dulu..bekas tu jgn besar sangat..nanti nipis je dapat cheesekut tue..Lepas susun biskut..letak cheese pula..tak perlu tebal..sekadar menutupi biskut..ulang sampai sudah..lapisan last semestinya cream cheese..lapisan last nie kasi tebal sikit..

 

Aku terlebih rajin blender biskut lebihan sehingga halus dan tabur atas cream cheese tu..
Dah siap simpan dalam peti ais semalaman..tapi aku buat petang, malam tu tak menyempat aku dah potong sebab anakanak buah angah aku sampai malam tu..


Tadaaaaa..sedap bila makan sejuksejuk.maafla tak berapa cun sebab buat cepatcepat takut anak kecik bangunkan..

Harini order lagi kat ida cheezy layer tu..2 bekas okay..stok makan depan tv weekend nanti..
Yang itu bila nak try buat pun entah la..
Habis la babat lepas ni tebal setebal cheese tu..eeemmm...
Ini semuaaaa cheese punya salah...wakakakakk.



19 Sep 2013

Arfan Mamam Puree Carrot

Assalamualaikum..

Cuti weekend haritu aku buat puree carrot pulak untuk baby arfan..
So semalam last 4 days rule untuk puree carrot tu..
So far alhamdulillah ok, tak ada problem..


Licin dia makan puree carrot tu..
Yang sebelah macam biasa untuk stok simpanan..
Cara buat puree carrot sama macam dengan puree potato..


Budak bambam comot makan puree carrot..hihihih..
Dia memang kuat makan la aku tengok..tautau je orang nak bagi makan, tangan dia laju je capai mangkuk tu..
Kalau lambat bagi makan start la menangis..amboii, biasa dia tu...

Harini aku cuti sebab petang karang ada chekup aryan untuk 6 bulan..
Lambat dah pun chekup sebab kes dia masuk hospital dulu..terus date lari dah..
Pastu pagi babysitter arfan nak pi jumpa ustaz pe entah..ni pun aku dah pening pikir pasal bs arfan ni..
Sebab umur nyer dah berapa pastu tak sihat la sekarang..kesian pulak tengok dia..luahan perasaan lain entri la..
Then kejapkejap lagi nak buat puree pear kat arfan..tapi aku tengok macam boring la pulok bagi makan buah je..boleh macam gitu...
Tibatiba kalau tertukar menu jangan marah la yee..

Ok la daaa.....

17 Sep 2013

Scrummy at Space U8

Assalammualaikum uols...

Mesti syiokkan cuti 3 hari ni..
Tapi aku sabtu ahad lepaklepak kat rumah je..
Tak ada kemana..tak tahu nak kemana..
Cuma semalam baru bawa budakbudak tu keluar jalan..
Boring lak cuti duduk rumah je kan..

Tak tahu nak ke mana, lastlast papa bawa pergi Space U8..
Paling syiok aryan la...dia dapat bebas berlari sana sini..


Teruja tengok air pancut kat dalam tu..
Tangan buat peace tapi muka pandang tempat lain..
Baby arfan pun sama..sampai mulut ternganga...picca tak ado lak..hihih..


Time ni duduk tengok air pancut kat depan sementara tunggu aryan naik moto kat situ..
Nampak tak belakang tu, diaorang buka macam bazar jual baju dan paling banyak jual shawl..
Dari serendah RM6 hingga ke berapa puluh tah..aku nak beli tapi disebabkan banyak sangat dah pening tak tau nak pilih..
Sudah nyer tak beli..dul betul..


Suka aryan dapat naik moto tu..tapi aku risau masuk dalam kolam air pancut tu je..heheheh..
Pastu papa letak arfan sekali kat atas moto tu..
Suka tengok anakanak happy..mama dan papa pun jadi happy gak...

Dah puas diaorang main pastu ajak papa makan kat sini..
Tiap kali datang teruja tengok restoran ni..sebab cantik deco dia dan warna pink purple gitu..

picca from google
Tak sempat nak snap picca pintu masuk dia..ingat lepas makan tu nak snap..
Tapi nak cepatcepat sebab arfan yayak lak..so ni picca dari google je..


Lepas ambil order kite snapsnap picca jap..
Aku suka giler ar shawl ni..kain cotton senang nak bentuk ke apa ke..yang pasti tak panas..
Hoit baby, asal muka nak sama bolat dengan muka mama ni...


Lepas tu uols tengok..budak ni sekarang dah tak reti duduk diam..
Habis perut semua terkeluar..hahaha..
Ni baru adek nyer..belum abang nyer lagi..suara mama dengan papa je la dengar kat situ..



Aryan lak time nak snap picca selalu kan buat peace, ni suruh buat tak nak lak..
Dia nak buat macam tu, mana dapat tah tangan letak kat pipi..
Apoapo la aryan oii.


Tak sempat nak snap picca papa...sudah nyer snap sendiri dengan anak sulung nyer..
Tengah bagi layan arfan pastu merengek nak susu..

Pantastic betul..cepat je makanan weols sampai..

 
Aku order air kendondong juice..papa teh o ais..
Aryan share je air..


Ni mama punya pasta oglio olio je...
Makan yang ringanringan je sudah..
Oglio olio dia ok la.. 
Time ni makan dengan tenang sebab arfan tengah hisap susu pastu tengah meneran yakyak..
Bertuah betul..


 
Papa order pasta beef bolognese..
Tapi aku rasa dia punya bolognese kureng sedap la..
 

Ni order untuk aryan chicken cheese burger..
Tapi dia dah talaa pasta aku..
Burger dia makan chicken dan roti dia je..dia suka cheese rasa nyer..sebab roti dia ada cheese..
Isi chicken tu tebal..sedap gak..kalau aku tau baik aku order burger dia..hehehe..

Lepas makan cepatcepat calow, sebab kesian arfan tak selesa kot..
Ingat nak tukar diaper kat depan restoran tu..sekali tengok dalam beg ada diaper je..wet tissue tak bawa lak..handbag kecik tu susah tu dengan diaper, botol susu lagi, purse lagi..kotak rokok papa pun sumbat dalam handbag aku..
Mana tak nyer padat handbag tu..okay nak beli handbag baru yang besar sikit..
Tu yang tak sempat nak snap picca depan restoran tu..
 

12 Sep 2013

Diet La Sangat..

Salam uols..

Mesti tengah lunch kan..makan pe uols?


Harini menu i ialah maggie ayam bersama begedil..
Desset lak cheezy layer blueberry..
Nyummy..Alhamdulillah..


Meleleh tak ayaq liur tengok cheezylayer ni..
Pengemar cheese memang suka arr..kalau bukan penggemar mang tak la kot..sebab rasa cheese kawkaw..
Tapi ni bukan aku buat, budak opis buat..dia sajesaje buat, tuptup ramai lak order..so aku pun tumpang sekaki..
Memang sedap laa...so lepas ni kalau nampak muka makin bulot lepas berhijab, senyapsenyap je tau..
Miahahahaa..

11 Sep 2013

Tutorial Button Follow & Dashboard Di Blog

Assalam uolss..

Nampak tak ada sedikit perubahan kat blog cap ayam i ni..nampak tak? orang lain dah lama buat..aku baru nak buat..huhuhh
Kalau nampak good..yang tak nampak meh nak habaq mai..lihat kat atas sekali belah kanan..
Follow & Dashboard.. walaupun template asal dah ada untuk follow dan dashboard tapi saja nak kasi cantik sikit kat blog ni..pastu nak kasi senang sikit kat blogger yang nak follow tu..
So dah nampak follow tu tak reti nak follow..wakakaak

Tak mau bebel banyak jom tengok tutorial ni..




1. DASHBOARD > DESIGN > ADD A GADGET > HTML/JAVASCRIPT

2. Masukkan code di bawah dan paste kan dalam ruangan kosong. Tajuk dibiarkan kosong. Tak payah isi apa2
Tutorial Budak Nakal Kotak'dashed'.
- See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2010/06/tutorial-cara-letak-bingkaikotak-pada.html#sthash.V9HxPF43.dpuf

Tutorial Budak Nakal Kotak'dashed'.
- See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2010/06/tutorial-cara-letak-bingkaikotak-pada.html#sthash.V9HxPF43.dpuf

<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID= ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" /></a> <div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div></div>


 3. Tulisan warna merah gantikan dengan blogID korang.

4. Sekarang nie nak ajak macam mana nak ambil blogID tu.

5. Tekan DESIGN or NEWPOST, tengok URL PAGE tu.. ada blog ID..


Copy blogID tu..paste kan dekat ID BLOG ANDA tu..

6. Dah siap masukkan code, masukkan blogID, tekan SAVE.

Dan lihat hasil nyer..Tadaaaaa..

10 Sep 2013

Puree Potato & Puree Apple

Assalam uolss...

Nak update tentang solid food arfan lak laa..
Nak share resepi purre potato dan puree apple..
I tau uolss sume mommy yang terror dah ken..
So setakat puree ni senang gils la ken..

Tak apa, yang dah terror tu good good la...
Saja nak share untuk tontonan dikemudian hari..
Tak pun nanti aryan dan arfan dah besar tengok blog mama dia ni, tau la mama dia ni gigih nak masak untuk diaorang makan..huhuhhh..

Puree Potato

1- Sediakan potato..kuantiti ikut suka koorang la..
2- Kupas kulit dan potong dadu..supaya cepat masak..
3- Rebus atau stimkan potato tu sehingga dia lembut..
4- Selepas masak blender sampai halus..kang kasar tercekik lak anak..
5- Okay siap untuk dimakan dan disimpan dalam tray untuk stok 4 hari..

Puree Apple


1- Sediakan apple, kuantiti ikut suka uolss..
2- Pastu kupas kulit dan dan potong dadu..
3- Rebus atau stimkan apple tu..better stim la, aku yang ado kat rumah ni tempat nak kukus nasi dagang my mom..malas la nak keluarkan yang besar gedabak tu..huhu..
4- Pastu blander sampai halus...
5- Okay done masuk dalam tray untuk stok simpanan..

Hoii, mama tak sabar ni nak variasikan solid food arfan ni..