31 Jul 2011

Gift for Aryan from Mama & Papa

Hari jumaat malam aku,papa dan aryan pergi la subang parade...

mahu beli hadiah aryan sempena hari jadi dia hari tu..kata pun dah gaji kan..

so pikir punya pikir mahu belikan apa untuk aryan ek..

^

^

^

^

^

^

^

^


ha ini la dia gift from mama & papa untuk aryan..

beg sebelah tu dapat free gift..papa la suka dpt beg tu boleh dia guna untuk futsal nanti..citt..

kata pun dah dapat kaki kan..so beli kasut la...

kasut hari jadi cum kasut raya tau dik..

^_O


30 Jul 2011

Black Beauty Choc Cake

< Gambar Ulangan >

Sumber: MasamManis
By: Ana

Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

 < Gambar Ulangan >

27 Jul 2011

Celebration Putera Myrza Aryan 1st Birthday

Semalam 25 July 2011 genap la putera ku 1 tahun...
sekejap rasa nyer masa berlalu..masih terngiang2 lagi sewaktu di dalam labour room..
so kelmarin aku celeb la..just untuk family je..nk lebih2 bajet kureng lak..
celeb 1 hari awal..sbb payah nk buat kek bagai waktu ari keje nanti terkejar2 masa..
tak pe la..ada rezeki mama buat beday party lepas raya ye sayang..

membaking la aku kelmarin buat kek untuk anak bujang kesayangan aku ni..
ikut plan nak buat tengahari..nanti boleh potong kek petang..sekali FIL ku telefon papa suruh tunjuk jln pergi cheras..sbb de orang meninggal..dah plan aku berubah...petang pukul 4.30 baru papa sampai rumah..
mcm mana nak buat kek kalau tak da sapa nak jaga c kecik ni..petang la aku baru buat kek..malam baru dapat potong kek..tu muka aku tak ingat nye berkilat..


ini la kek nyer : Black Beauty Choc Cake nama diberi..

topping agak comot ye sikit..jenuh berhati2 still de kureng di situ..
janji rasa ok sudah leerr..


pastu buat pulut kuning sikit...ni my mom yg buat aku tlg dari belakang je...hahha..



ni versi cupcakes...dapat la 25 biji...
dapat la bagi jiran sederet dengan pulut tu sekali..


beday boy muka ketat...kenapa yayang mama ni masam..senyum la sikit yayang..
dia ni memang payah nak senyum bila tangkap gambar..ikut papa dia la ni...


mama dengan aryan....papa tlg tangkap gambar..


ok now tiup lilin!!!!! tapi aryan tak reti, yang dia tahu nak usik api lilin tu adalah..
so mama dengan papa la yg ambil alih tugas tiup lilin ni..papa tiup dari belakang je...


our small family ♥♥♥

suka pic ni..walaupun tak pakai kamera canggih..tapi tetap bernilai...
ingin di beritahu disini kami sekeluarga tiada kene mengena  dengan BERSIH ye...

second celebration beday aryan tunggu gaji this weeek..huhuh


♥♥♥ now aryan is toddler..but in my heart he still my baby ♥♥♥

26 Jul 2011

Happy 1st Birthday Putera Myrza Aryan


25 July 2011
Selamat Hari Lahir Yang Pertama Sayang...Mama dan papa berharap dan berdoa aryan sentiasa dilimpahi rahmat d dunia dan d akhirat..akan menjadi anak yang soleh, berjasa pada negara, menghormati org tua dan sentiasa berdoa kesejahteraan mama dan papa..mama dan papa ♥♥♥ aryan :)

20 Jul 2011

Festival Floria @ Putrajaya

Sabtu malam minggu hari tu..kami sekeluarga pergi tengok festival floria tu la..



banyak beno bunga nyer..cantik2 belaka....siap diaorang deko macam2 la..
tapi kami tak pergi tempat orang jual bunga tu..sebab ramai sangat orang...


 bawa ma & abah sekali..sebab ma dulu pernah kata tak pernah jalan-jalan kat putrajaya..
so bawa la diaorang jalan2...
punya la ramai umat manusia....parking tak yah cakap la..dapat yg jauh sikit dari tempat tu..so papa la yang tolak ma...papa tak kasi abah tolak..ye la kan..


 tengok c kecik ni..orang letak kat situ sebab nak tangkap picture dia..yang dia sibuk dengan rumput tu..adoooii...


tengok tu...tak pandang kamera lagi budak ni..sibuk tengok abang & kakak kat belakang tu...


aryan dengan atuk kesayangan dia..pantang nampak atuk naik motor..start ar melalak nak ikut...pantang nampak atuk..suruh dukung dia bawa kat luar..kecik2 dah pandai ye sayang..


kemain tengok bot2 berhias tu..tapi tak ade makna nyer kejap je..pastu tarik orang kat sebelah dia la..

sebelum tu..nenek dukung dia kat atas wilca ar...sebelah ma de cina gurl pakai short pants..yg si aryan ni g kobek poket kat bontot cina tu..aduh la..cepat2 aku tarik tangan aryan..kang kata ada orang raba lak..tapi cina tu selamba je..sikit pn tak pandang kat aryan..dia tahu kot budak kecik yg usik bontot dia..

apa la adik ni..ni ikut perangai sapa la ni..ahakks..



cantik2 bot dia tau..

tapi kitaorang tak tunggu bot tu sampai habis pun..sebab aryan pun dah mengamuk..rimas kot ramai orang..panas lak tu..bunga api pun tak sempat tengok..

elok je kuar dari parking kete on the way nk kuar ikut PICC...bunga api pun baru meletop..so nampak gitu2 je dari dalam kete..



19 Jul 2011

Brownies




 Sumber: Hana
by: Ana


Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.




16 Jul 2011

Tutti Frutti (TF)

Ini cerita malam sabtu lepas...

ni baru kesempatan nak tulis...

aku mahu makan ...sebelum ni dah pernah makan..tapi mahu juge...

so ajak la papa g tf kat subang sana..


ini aku ambil RM12...ambil 1 cup je..share dengan papa..tu pun dah banyak..

nak banyak lagi ambil cup besar..isi la banyak mane nak..

topping dia aku isi coklat chip & jelly je..kalau koorang letak nata d coco k, strawberry k..benda yang menambahkan berat..tu memang kena charge mahal la..


kite bagi budak kecik ni rasa sikit ye...suka tapi muka tahan sejuk..hihih

lepas suap aryan..suap papa lak..dah tangan nyer pegang aryankan..kang kalau lepas mahu dia jelajah tf tu..
budak c pipi labuh, tengok mulut tu de aiskrim kat tepi mulut..

sedap ye yayang aiskrim tu..


papa tak boleh nak tangkap picture mama...

so mama tangkap sendiri la..nasib baik belakang kitaorang ada cermin besar punya...

deko tf ni pun cantik la...yang aku duduk ni kat dalam..kerusi merah ni..pastu dia ada tv..sambil makan2 boleh la tengok tv..

kalau kat luar kerusi putih besi rasa nyer..kalau duduk luar boleh la papa hisap rokok..tapi tak dapat la..

lepas ni nak pergi  tf kat shah alam pulak...aiskrim dia rasa same je..tapi saja tukar suasana pulak..

^_O

14 Jul 2011

Puding Karamel Lapis Coklat


walaupun puding ku tak begitu cantik..berlubang-lubang..tapi rasa ada,sudah cukup :))

Sumber: Hana
by: Ana

Bahan-bahan

·                     4 biji telur gred B
·                     410ml susu cair @ 1 tin susu cair
·                     4 sudu besar gula
·                     1/2 sk esen vanila
·                     2 sudu besar serbuk koko / 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.
Karamel
·                     5 sudu besar gula
·                     4 sudu besar air panas

Cara-cara

·                     Untuk membuat karamel - Hanguskan gula sehingga perang. Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. Tuang terus ke dalam loyang@bekas. Ketepikan.
·                     Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
·                     Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
·                     Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. (bergantung ketebalan lapisan). Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
·                     Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.

Wordless Wednesday # 130711 : Suka Buat Mulut Nganga

13 Jul 2011

Jalan - Jalan Hujung Minggu

Menghabiskan masa yang ada ini bersama keluarga or buah hati tersayang...

before papa pergi sabah atas urusan kerja...



pe lagi moh kite pergi shopping mall mama ni..kuikuikui...

singgah main gelongsor dulu...

suka betul dia..siap dia tarik baju boy cina tu..

pastu kite shopping dulu...then bawa g tempat permainan lak..


punya suka dia tengok permainan yang ada kat pyramid ni..

so mama & papa kasi can la adik main ek..


kite main kuda je la ek..yg lain tak boleh lagi..adik kecik lg ok..



orang suruh duduk atas kuda..dia nak berdiri...


ini ada la dia duduk dalam 2 minit...pastu berdiri balik..

aduh anak bujang mama ni..tak reti duk diam laa...

kenapa yayang mama ni gigit jari...lapar ye...


jom kite g makan ye...

kite makan popeye's ye...

picture makan tak ada sebab nyer aryan waktu tu bad mood...

habis semua makan dia sepahkan..

so nak g shopping lagi pun tak sempat..aryan dah mengamuk..balik je la..

papa kata tak pe next week pergi lagi...

12 Jul 2011

Merancang Bayi Kedua

Syiok pulak tajuk majalah pa&ma ni..

Merancang Bayi Kedua, Bila Masa Yang Sesuai?

so mari kite baca pe yang di tulis:- 

Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.
Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.
Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan/atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumah tangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak
itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu berat jika hamil lagi.
Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.

Selamat Untuk Caesar
Bagi yang pernah bersalin secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.
Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepada faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.

Sebelum Hamil
1. Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
2. Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
3. Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
a. Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
b. Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin.
c. Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
d. Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
e. Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Selepas Hamil
1. Lakukan pap semar selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 - 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.
2. Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurang untuk tempoh 2 tahun.

nak tahu lebih lanjut mari kite beli majalah pa&ma keluaran july ye...

sambil tu mari kite renung2 dan pikir2 kn...kuikuikui...

Mabuk....

Sekarang ni aryan tengah mabuk berlatih berjalan...


bila dapat berdiri kat sofa..kemain suka koorang tau..

siap berhenjut2 suka nyer..

pastu terus berjalan ke satu sofa yang lain..laju lak tu...macam la dh pro sangat syg ooii..

tapi yg tak tahan sambil berlatih sambil mengutip..letih di buat nyer mama, dik..

tu sekarang kitaorang rajin bawa dia g tmpt berumput mcm kat padang shah alam..suruh berlatih jalan..

mama harap raya nanti adik dah berjalan yee....

nanti baru handsome pakai baju melayu gitu..

8 Jul 2011

Rich Coco Puding With Milk


Sumber: Masam Manis
by: Ana

Bahan-Bahan:
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak (ana guna 1/2 cawan fresh milk je)
1/2 camca teh garam (ana tak letak)
4 camca besar tepung jagung (ana guna 2 sb tepung jagung..bancuh dgn sedikit air)
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (ana guna agar2 strip yg bertali tu)
3 camca besar mentega

Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut, kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat. Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2.(ana tak tutup api lagi terus masukkan mentega..kacau hingga mentega tu tak berketul dan rata.baru tutup api) Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.

Kuah
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air (ana tak de tepung kastard..guna tepung jagung je)
6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
secubit garam - sedikit sahaja


Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih. Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.



6 Jul 2011

Kisah Hantaran

Lama giler rasa nyer tak update blog...
kadang2 rasa tak ade cete yg menarik dah dituliskan...
tapi hati memberontak mahu update blog..eeemm..


dimulakan dengan kisah pertunangan adik ipar ku pada 2/7/11 persamaan beday papa...
so tak dapat nak pergi celeb sebab kenduri tu..


ni la hantaran nyer...

abang dia a.k.a hubby sponsor buah..


last minute cari buah..ambil ko ni je yang dapat kebas...

aku lak sponsor apam dot-dot...itu je yang aku boleh buat..hihih


nak tangkap sekali bateri kong...sengel alam betul..
so memang tak dapat nak tangkap picture masa majlis tu berlangsung..
picture adik ipar aku pun tak dapat nak tangkap..nak pakai hp, aku sibuk dengan aryan nyer..hubby sibuk dengan bawah khemah nye..

so harap maaf la ye dayah..

pe pun Selamat Bertunang Hidayah & Ejam

2 Jul 2011

Cream Cheese Oreo (unbake)


By: Ana

Bahan-Bahan:

Oreo (buang krim nye)
200 ml Whipping Cream
150g Cream Cheese
5 sudu Gula
1 sudu Lemon (ana tak ada lemon.so ana ganti dengan fresh milk)

Cara-cara:

First, asingkan krim Oreo dan ketepikan.
Putar whip cream hingga soft peak then masukkan gula + jus lemon + cream cheese.
Putar lagi dgn kelajuan yg rendah sehingga mesra.
Letakkan sekeping Oreo di dalam aluminium foil @ loyang dan masukkan adunan krim tadi dgn menggunakan sudu. Then letak lagi sekeping Oreo diatas krim tadi mengikut kreativiti masing2, simpan dlm
peti sejuk selama 2jam, sedia utk dimakan:)

1 Jul 2011

♥ Julai..oh..Julai ♥

Bulan yang dinanti kan bakal tiba...

sebab nyer bulan julai, beday dua jejaka yang paling aku sayang ♥ ♥


ni la 2 jejaka yang akan sambut beday bulan julai ni..
Papa : 2 Julai

Aryan : 25 Julai

dalam fikiran ni dh plan nak buat macam2..tapi tak pasti lg..just tunggu je la..

tapi yang pasti aku akan buat 


kek la..or cupcakes...

tapi nak buat kek apa ekk....eeemm...

tunggu je la..