30 Nov 2011

Cuti Awal Muharram 1433


Cuti 3 hari sempena Awal Muharram agak memboringkan bagi aku dan aryan.
sebab nyer papa kena kerja...cuti dibekukan...
pergi pagi pukul 7,malam baru papa balik..
so bila malam papa balik, aryan bila nampak je papa..
start lak merengek tarik tangan suruh keluar..
sudah nyer 3 hari deret malam keluar..
2 hari deret pergi shah alam..tempat biasa aryan la..padang aryan..*banyak duit mak bapa nyer ye beli padang untuk aryan*
malam tadi bawa pergi jalan-jalan cari makan..



malam jumaat or malam sabtu ke pergi drive-thru mcd tapau dinner box untuk 1 family kat rumah ler..
jam menunjukkan pukul 11 lebih ko..
sampai je rumah dan makan dah pukul 12..
bukan dinner dah ni..supper dah..
tak sempat aku nak letak mcd tu, budak tecik tu dah terkam dulu..
"laju je ye kamu dik.."
sudah nyer malam tu aryan tido lewat nak pukul 1 baru tido..

ini lak kisah malam tadi..papa balik awal sikit so sempat la pergi carrefour..
mahu cari makan..
pergi la makan kat kenny rogers..



sementara nak tunggu makanan sampai..
tangkap la pic budak tecik ni..sibuk dengan susu dia la..
sekarang payah la nak tangkap pic dia betul2..
sebab tak reti duduk diam..
geramm je mama tau..


yeeeyy..makanan dah sampai..kali ni nak try dengan pasta lak..
so aku ambil spaggeti..not bad la..
yang dua pinggan belakang tu papa punya..
melantak betul papa ni..



mama syoik nyer makan..papa yang layan aryan makan..
hihihi...tapi tak ada la tak layan langsung ok..cuma lebih nyer papa ler..
tengok orang suruh makan, sibuk juga dengan susu dia..
macam mana la tak sebulan nak dekat 10 kotak susu kamu dik..campur dengan rumah bs lagi..
makan kureng..susu jeeeeee la...




dalam pergi makan tu..sempat gak la shopping sikit untuk aryan..
biasa la dah ada anak..macam ni la..
pantang nampak kedai baby..mesti nak masuk tengok..
lagi pun dah lama tak shopping untuk dia..
nanti bercuti de la baju baru dia..

itu la cerita cuti kami..



27 Nov 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah...Salam Awal Muharram..1433H..

Semoga tahun baru ini memberi seribu barakah...

Semoga kita bertambah ketaqwaan dan keimanan..

Semoga dimurahkan rezeki melimpah ruah..

Dan diberi kesihatan yang baik..

Amin...



#mahu menjadi isteri yg taat..xmau melawan..ahaha.. dan menjadi ibu yang baik dan mahu tambah anak..hihih
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

26 Nov 2011

Duit Panas

Tengahari tadi chek je gaji dah masuk dalam akaun terus keluar lunch.duit tu pun tak sempat panas lagi dlm akaun tu.
Padahal kat opis ni setiap jumaat lunch ditaja..selalu tak heran sangat nak keluar tapi mengelejat lak hari ini nak keluar.

Ke Subang Parade la kami..
Dah lama nok tak shopping..
Nak2 barang aku..
Pe lagi shopping la aku.
Pastu papa kata nak ajak g bercuti nanti..



So beli la pe yang patut..
Aku beli kasut,baju dan seluar..
Pastu beli rotiboy 5pcs utk bawa balik nanti bagi aryan dan anak2 buah aku..

Dah habis ciput duit aku kat situ..
Masa beli tadi tak hinggat..
Biasa la perempuankan..
Sendiri ingat la..

Setahun Empat Bulan


Hari ni genap la sayang mama 1 tahun 4 bulan..
Rasa macam baru minggu lepas je celebrate beday dia yang setahun..

Sekarang ni makin banyak akal nyer..
Kelasakkan pun sudah terserlah..
Semput mak...
Mana tak nyer, dia boleh panjat sofa (sofa yg pic kat atas tu) dia berdiri kat atas then nak lompat..
Tak ke nak luruh jantung aku di buat nyer..
Wheel chair nenek pun dia nak memanjat juga..
Senang kata aktiviti memanjat serah je la kat Putera Myrza Aryan ni...




Part memungah ni pun memang dia suka bangat..
Pakaian dia dalam almari pun dia keluarkan semua..
Mainan dia satu bakul tak yah cerita la..habis semua..
Pastu kang dia berlari2, dia juga yang terpijak..
Jatuh menangis tak hinggat..
Adooi la anak..

Kesian sayang mama ni main seorang2 ye..

Dia bila ada kazen2 dia, dia suka la...
Berlari sana..memjerit la..
Ye la ada kawan bermain...
Bila diaorang balik, dia tinggal seorang start la dia merengek..
Adik nak kawan ye..

Pe pun mama,papa  ♥♥♥♥ aryan


#nanti mama bagi adik kawan ye..hahah#


25 Nov 2011

Baby Bread Pudding

Ini entry sudah lama nak buat tapi asyik terlupa je..
bread pudding ni aku buat untuk minum petang masa cuti hari raya haji hari tu..
tengok kt blog Seripayaku macam menarik je..pastu bahan2 memang dah ada..so buat je la..



kalau ada anak 2,3 orang pastu dah besar yang boleh makan apa je..seronok la buat benda ni..
rasa gembira la bila kita buat diaorang makan...

so agak2 roti koorang dah nak expired boleh la try puding ni..
mudah dan ringkas..

Baby Bread Pudding

by: Ana

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran ceri/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (ana tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka (ana tak buat).

#tak sabar nak tunggu anak besar dan menambah anak#

23 Nov 2011

Kenapa Makin Kurus?????

Wawawawa...lately ni ramai yang tegur or cakap kat aku "kenapa makin kurus ni?"...."asal kurus sangat"...
baik kawan lama, jiran tetangga, opismate ni, semua cakap macam tu..
sampai anak buah aku lelaki umur 10 tahun pun cakap "maklang ni kurus keding"
papa pun tegur gak kurus sebab nye tulang menulang semua sudah nampak..siap main tekan2 tulang aku..wawawaa :((

sampai satu tahap aku tak tau nak jawab apa...mak bapa aku tolang jawabkan.."ni melayan anak nye yang lasak..letih di buat mak nye..makan,banyak je" huhuhuh...aku hanya balas dengan senyuman yang hambar..




pic kat atas,time ni baru lepas habis belajar kolej rasa nye..time anak dara, time bergetah lg ko..
waktu di zaman cinta cintun...u jump i jump la..kuruskan aku...



pic kat atas ni lak waktu tunangan orang...dah ada cop sirim dari "MUHKHAIRI"
time ni aku rasa, aku berisi sikit...nampak tembam pipi..tengah darah manis kan..so geletis sikit...wakaka



yang ini lak pic terbaru aku..versi isteri orang dan versi mak orang
time ni dah start kurus aku...pakai baju hitam lagi nampk kurus..

sekarang bukan bergetah dah..seluar ikat pakai getah..hahaha..
tak ada la ikat pakai getah cuma dah pin seluar sebab sudah londeh...
de yang ku jahit tepi dia dah...senang sikit, tak payah nak pin2 bagai..

tapi aku pun perasan aku makin kurus...
tak tau kenapa...eemmmm :((
dulu pakai jam cantik je terletak...
sekarang jam tu dah berpusing2 kat pergelangan tangan aku..
cincin tunang pun dah longgar..
nak kata aku kurang makan..banyak je aku makan..
kadang2 sehari 3x aku makan nasi..
risau pun ada asyik makan je..
takut penyakit lain lak datang..

macam mana la nak bagi badan ni naik sikit ek..
chubby sikit pun jadi la...
baru sesuai dengan ketinggian...
ini dah la kurus..tinggi lak tu..
macam tak ideal je tengok..

tapi kalau dah macam ni gak badan..
redha je la ye...


#orang lain sibuk nak kurus#


21 Nov 2011

Syabas Skuad Bola Malaysia

Tak dan nak update esok..nak update mlm ni gak..

Aku tau semua tengok bola M'sia lwn Ind kan..rugi la sapa tak tengok..

Syukur Alhamdulillah skuad bola kite menang pingat emas..walaupun hanya dapat pingat emas,tapi bagi rakyat M'sia game ni sungguh bermakna..nak2 geram dengan perangai rakyat diaorang yang kurang ajar tu..

Kepada pemain M'sia syabas..Anda adalah Wira Malaysia..

#Khairul Fahmi anda penyelamat#



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

19 Nov 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Gila chocolate cake dah aku ni...adooii..berlemak-lemak lerr..
Chocolate Cake memang mendapat sambutan tinggi kan..

kalau aku buat sentiasa habis...
so tak ada la membazir..
anak2 buah aku semua suka...
kalau semua anak buah aku ada 9 orang memang tak cukup la kek nyer..

cuma anak aku ni je belum mengerti lagi..
almaklum ar, budak umur setahun lebih..
makan nyer sikit main nyer lebih..
sayang mama ni...

kali ini aku nak try buat chocolate cake tanpa egg..
tak pernah try pun sebelum ni..
so rasa dia memang moist sangat..
cara dia pun mudah..ko tak payah nak susah2 keluarkan mixer..
hanya pakai handwisk je..
godek...godek..dah siap..






Super Moist Eggless Chocolate Cake

by: Ana

Bahan-bahan :1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung *susu tepung biasa tak ada..yg ada susu aryan..mama ambil sikit ye susu aryan..wakaka..sedap je kek ni*
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

18 Nov 2011

Silicon Mould

Since aku suka membaking ni..
Banyak peralatan dan perkakas yang berkaitan membaking ni didapur..

Sampai dah tak ada tempat nak simpan.. May be aku kena beli 1 box untuk simpan semua barang tu..

Now sekarang aku tengah mencari silicon mould..

Apakah itu silicon mould?
Yang aku tahu silicon mould tu adalah acuan yang boleh dibakar didalam oven..acuan tu macam getah..pelbagai jenis bentuk dan warna..

Teruja tengok silicon tu kat blog2 resepi orang..Cantik2 belaka..
Dari komen orang yang menggunakan silicon tu kata nya senang nak digunakan..tak payah letak menjerin kat acuan tu..tapi price dia mahal sikit..berapa aku tak pasti lak..

Ni ada 3,4 contoh yang aku dapat..























Pic atas ni aku dapat dari blog Seripayaku
*mintak izin copy paste pic ye*





Yang ini pula,dari blog MasamManis
*mintak izin copy paste pic ye*




























Dan yang ini dari Secubitgaramnor67
*mintak izin copy paste pic ye*


Cantik2 kan..yg tak tahan tu silicon bear tu..
Tak dapat yang bear tu dapat yang bentuk biasa2 jadi la..macam bentuk love or bentuk bunga (kuning)..

Aku dah cari 2 bakery shop..still tak jumpa..
Apa ke payah no nak jumpa..
Anyone tahu kat mana boleh dapatkan silicon ni?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

17 Nov 2011

Mood Kembali

Hoooreyy...mood untuk memblog sudah kembali...

Untuk itu kita kasi tukar background..

kasi edit ini itu..

Kasi tambah ini itu..

Baru la ceria blog aku ni..kalau tak, nak update pun malas tengok blog color yang suram tu..

So cantik tak my new blog ^_O




#still de lagi yang nak di edit#
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

15 Nov 2011

Mengidam


Walaweiii tajuk tak tahan..
Jangan salah faham ok..tak ada lagi la..tekak ni je gatal nak makan ini itu..
Apa la yang aku teringin sangat ye




*
Tutti Frutti - done
Siap pi makan kat shah alam sana ko..






*
Pizza Hut - done
Tapi sebenar nya nak makan dominos..tak pe la adik beradik la ni kn..






*
Kek Coklat - done
Ini sebab dapat makan sikit je hari raya haji hari itu..so sabtu lepas buat lagi..ambil ko banyak giler aku makan..







*
Nasi Kukus Ayam Berempah - done
Dapat makan malam tadi..yang sebelum raya haji lagi aku cari,xdapat..kedai banyak tutup..ingat nak g makan kat kedai pakcik aku je kat cheras..tapi malam tadi kan hujan lebat giler..so cari kat area rumah je..







*
Steak - not yet
Ini belum dapat lagi..nak pakai kat restoran yang ada nama...mcm was2..tau2 la kan sekarang ni,banyak isu restoran tak dapat sijil halal..so nak cari kat tempat biasa2 tapi sedap...mane ek?any suggestion?


*pinjam dari google*


Ngada-ngada kan tekak ni..hahahah




#de lagi 1 lor...tapi ini bukan mengidam tapi hajat..mahu oven besar baru...ini bila agak2 boleh dapat ek...eemmm#

Kek AidilAdha

Semperna Hari Raya Aidiladha hari tu...aku macam biasa la membaking lagi dan lagi..

aku buat kek coklat...suka sangat la buat kek coklat ni..tak tahu kenapa...



ini sebahagian dari anak buah aku...yang lain malas & malu kot..almaklum ar dah besar kot..

siap pakai baju melayu tu dua orang budak ni..yang Izzudin (tengah) sampai petang pakai nye..aryan pakai pagi je..pastu habis kotor...

lupa pulak nak pakai kan aryan jubah papa beli masa pergi umrah tu...aku pun lupa gak nak pakai jubah papa beli siap selendang lagi ko..aduh *sambil ketuk kepala*

bila lak nak pakai jubah tu ek..eemm...



kek ni yang ke 2 kali aku try buat..so far ok dan sedap..

tapi aku dapat makan sikit je..sebab anak buah aku 2,3 orang makan sampai 2 slices seorang..

seronok tengok diaorang makan banyak2...so happy la aku yang membuat nyer..

sebelum ni aku de buat untuk kek beday aryan..ade kat sini

tapi aku paste gak la resepi dia kat sini gak..

Sumber: MasamManis
By: Ana

Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

10 Nov 2011

Tshirt Free

Aryan dapat baju free ko..bukan 1 tapi 3 helai ko...ko ado?kalau tak ado g beli drypers ye..yang tak pakai drypers xdapat la ye.. sebelum ni baca kat entry Mun. sekali kali ini makcik la dapat..


Awal bulan hari tu papa beli 3 pek sekali drypers..senang beli sekali banyak..sebulan sekurang nyer aryan pakai 2 pek..so ni boleh tahan sebulan lebih la ni..kalau keluar pakai mamipoko pants..senang sarung je..


Itu pun yang perasan de sticker baju free anak buah aku Izzudin umur 5 tahun..tunjuk kat aku ni baju pe ni mak lang..sekali tengok baru perasan dapat free gift..padahal dah beli 3,4 hari dah pun. ini baru je nak tukar dari size M ke L..sebab M sekarang bila pakai je, tepi peha tu dah merah2 dan berbekas..tu tukar size tu..

Lepas nampak tu terus tanya papa xde mintak kat kedai tu k baju free ni..papa pun jawab tak ada,xperasan lak ada dpt free gift..yang aku pun tak buka drypers tu sbb yang lama ada lagi..sekali semalam abah aku g kedai tu beli barang tanya sekali pasal baju tu..orang kedai tu cakap itu baju dalam plastik tu la pakcik..mak aku terus buka nak cari baju tu..aku masa tu keje ler..sekali anak buah aku kakak Izzudin, Ismahani bagi tahu baju tu ada dalam plastik drypers..balik keje semalam terus buka lagi 2 pek drypers tu..tengok ada shirt dalam tu..aku la suka bangat..

Malam semalam terus pakai kan aryan baju tu..nak buat macam mana mama dia ni yang beria..


Cantik tak,kain cotton dan sejuk je bila pegang shirt tu..

Pe lagi yang pengguna tegar drypers dapatkan la dipasaran nye..

Terima Kasih Drypers...


#promot free nampak#

8 Nov 2011

Berdentum Bunyi Nye..


Masih tak terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha pada umat muslimin dan muslimat..mesti 3, 4 hari ni lauk koorang berunsurkan daging je kan...hihih..

Ini mahu cerita semalam punya kes..
Pasal hero aku yang seorang ni ler..

Semalam dalam tengahari,lepas aryan bangun tido la..dia main chak dengan main kejar2 dengan aku..

Tengah2 berlari tu kaki dia tersadung kaki sendiri atau tersadung tikar..xpasti lak aku yang mana satu..pe lagi jatuh muka dulu weei..berdentum bunyi nyer..pe lagi berlari aku meluru kat dia..tak hinggat dia menangis..

Sekali angkat dia tengok kat dahi dah 3,4 garis merah pekat..lama gak pujuk dia supaya berhenti nangis..bila dh berhenti nangis baru perasan kt hujung hidung dia pun merah dan atas bibir dia pun de 2 garis merah..peerrhhh,mesti terhentak kuat muka dia kat tikar tu..dah la tikar sarawak..keras..

Time tu papa xde keluar kejap..aku pikir mesti bising la dia tengok anak kesayangan intan payung dia muka macam tu..sebelum tu aku dah sms dulu g tau..so dia balas sms, kata "xpe la,dah nak kena" pastu dia balik tengok "pe kena teruk sangat ni" huhuhu..tp xde la marah..sbb dia tahu anak dia memang tak reti duduk diam..pastu dia bebel la kat aryan ckp "jgn berlari la...adik boy,adik kuatkan..bla..bla.." Hihihi

Pastu semalam bawa keluar habis sume orang tanya kenapa dahi dia?jenuh nak jawab..

Ni yang rasa nak beli helmet de tutup muka sekali ni..bila main berlari je pakai..wakakakah..

1 Nov 2011

Aku Memerlukan Oven Yang Besar

Cuti hari tu aku membaking lagi...

tak berhenti dah aku dari membaking...

ni aku buat slice cheese cake..

tapi permukaan nyer hitam sedikit disebabkan oven ku kecil..bila cake tu naik membukit...

dah cecah besi panas tu...aduhai...

tunggu durian runtuh la kot baru boleh beli oven baru..

walaupun hitam tapi manis di makan..hihih..



SLICE CHEESE CAKE
sumber : K.Nor@SecubitGaram
by: Ana

Cara:

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila