15 Jan 2013

Setia Hingga Hujung Nyawa

Sapa layan cete Setia Hingga Hujung Nyawa @ TV3, setiap isnin - khamis, pukul 7.00 ptg - 8.00mlm.. angkat kaki?



Aku tengah kemaruk layan cete ni..
Sampai berebut channel dengan aryan..sebab pukul 7 ada cete kartun tv9..
So dia nak tergok kartun, mama dia nak tengok cete melayu ni..huhuhu..
Macammacam helah aku buat..tak pun dalam 10 minit pertama bagi dia tengok dulu cete kartun, pastu dia dah leka baru aku tukar channel lain..



Drama ni adaptasi dari novel..kemaruk tak kemaruk sampai aku beli novel dia uols...
Dah abis pun baca novel nyer..
Dulu time anak dara aku memang suka baca novel..banyak gak la koleksi novel aku..
Bila dah kawin dan ada anak ni, hobi tu dah lama ditinggalkan..
Tapi kalau dapat baca novel, pepun keje tak jalan..kadangkadang tido pukul 2,3 pagi sebab baca novel..

Novel ni aku dapat petang jumaat, start baca malam tu..
Pastu sambung hari sabtu bila aryan tido or papa dia layan dia atau bawa dia kuar pusingpusing..
Aku habis baca sabtu malam...a'ah hebat gak ;p
So far jalan cete dalam novel tu memang best...
Dah adaptasi jadi drama patut la tangkap syiok..


Pelakon utama dia pun handsome dan cun..
Nelydia Senrose & Amar Ashraf..
Memang sepadan betul duaorang ni....



Sinopsis novel Setia Hujung Nyawa:



Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



 #Tak sabar nak tunggu pukul 7 harini...huhuhhu


3 ulasan:

  1. sama la kita ..tapi sib baik asben sampai ke anak2 pun layan citer ni kekek budak 5thn layan drama melayu hehehe

    BalasPadam
  2. kita kadang tgk,kadang tak..kesimpulannya,happy ending la eh..^_^

    BalasPadam