4 Jan 2013

30 Minggu / 30 Weeks

Alhamdulillah...hari ini genap 30 minggu usia kandungan aku..
Tolak campur lebih kurang tinggal 10 minggu je lagi...
Huh, macam takut pulak bila nak dekat ni..hihihh
Ko kalau nak beranak anak ke 10 pun mesti de perasaan takut gak kan..
Same macam aku sekarang ni...walaupun teruja nak jumpa baby, cuak harus ada..

Last chekup haritu untuk 7 bulan, berat aku sekarang 68.25kg hokay!!
Macam ada potensi melepasi 70kg je ni...huawaaaaa..
Masak aku nak diet ni dalam pantang..*pitam*

Biasa la 7 bulan ni, bergerak or banyak buat keje sikit je dah rasa penat + letih + semput tak terdaya la...
Kaki pun same gak berjalan lebih sikit je dah sakit..jalan pun dah bersepah..hahahhh
Tapi part paling tak boleh tahan, kalau duduk lamalama..naknak kat opis duduk depan pc, mak aii sakit nyer pinggang..rasa macam nak nangis pun ada tau..
Pastu kalau nak menunduk melayan aryan mandi or berak...pastu nak pakai baju or diaper lepas mandi..
Dah la dia tak reti duduk diam..tu kadang boleh naik hantu mak dia ni..huhuhh..
Pastu tido malam pun dah tak selesa..dah start tido berpeluhpeluh..macam baru lepas maraton..
Posisi tido pun kalau straight, kadang tak kena tang pinggang..
Mengiring lak, baby lak tak suka..bila mengiring dia pun bergerak aktif..
So sekarang serba tak kena la kat aku :p

Part baby pulak makin aktif bergerak dalam perut ni..kawasan dah sempit kat dalam tu, sekali dia aktif bergerak dari hujung perut sana sini..sampai aku rase nak terkencing dan kadang terjerit "auuww" sakit ko..
Tibatiba kang terasa bonjol kat sebelah perut..may be kaki or lutut dia kot..
Tinggal berapa minggu je nak merasai dia bergerak kat dalam perut ni..sedih lak :(
So sekarang tengah melayan puaspuas dia kat dalam perut ni..

Nak tengok perut aku 30 weeks ni?
Scroll la sampai bawah ye..

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.



Agakagak perut aku besar ke kecik?
Aku rasa macam kecik je tapi bila tengok kat cermin atau snap picca perut, macam besar..
Tapi kalau boleh tak mau la baby besar sangat..nanti jenuh mak nak teran pulak...huhuhu..


5 ulasan:

  1. akak tgk x besar sgt pun perut ana..insha Allah moga semuanya selamat nanti

    BalasPadam
  2. ye k kak..dr pic tak nampak sngt kot..huhuh..

    BalasPadam
  3. wahhh comel jek perut..mesti rase x sabar kan..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. comey k..huhuhh..xsabar dan nebas..hihi

      Padam
  4. comel je perut..mesti xsabar kan..huhu

    BalasPadam