31 Mei 2013

My Supplement Now

Ni nak cete supplement yang aku guna sekarang..
Anak dah 2 so kena la ambil sumthing..
Aku ambil brand Shaklee...famous dah kan shaklee ni sekarang..
Aku baru nak berjinak dengan shaklee ni..



Buat masa ini, aku hanya ambil alfafa dan esp je..
Sebab utama ambil alfafa dan esp ialah untuk milk booster..tak terpikir lak untuk yang lain..
Alfafa aku beli sebelum beranak lagi..start makan lepas bersalin..
Esp baru sampai semalam..dan malam tadi dah start minum..ni produk paling laris ni..
Aku beli kat blogger Aishah Rahim
Untuk alfafa, 330 biji RM53..berbaloi la banyak biji dan murah..
ESP 850gm RM121..aku ingat botol nyer kecik je..sekali besar daa..silap haribulan 2 bulan pun tahan ni..

Meh la ku share sikit kebaikan alfafa dan esp ni..

 Alfafa Shaklee

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster
  • Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

  ESP
- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.
Khasiat ESP adalah;
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
So mari la menjaga kesihatan ye uols..sekian saja dari saya promote tak berbayar...muahaaaa..

1 ulasan:

  1. Nina pun tgh ambik shaklee skg. nina ambik vit. c, e, b, zink, alfafa dan GLA. hehe. ada improvement sikit2. :)

    BalasPadam