3 Jun 2011

Moist Chocolate Cupcakes



Bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara : 

-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.
-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.
-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.
 
-Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup. Ana kukus selama 20 minit. 
-Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

*maaf lee..hiasan akak comot sikit..1st time buat cupcakes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan