14 Jun 2011

Apam Aiskrim Soda

    Bahan:
    •    250 gm tepung gandum
    •    230 gm gula castor
    •    2 biji telur
    •    1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
    •    1 sudu teh esen vanila
    •    1 sudu teh ovalette
    •    sedikit pewarna kegemaran

Cara-cara:
Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.  Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.  Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit.  Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer  cantik dan mekar. (air sikit je dalam kukusan kalau air byk apam tak mekar - berdasarkan pengalaman)

*1st trial...ada berapa biji je yg mekar...lain tak..eemmm,tak pe,akan cuba lagi..jangan putus asa..

2 ulasan:

  1. ana, tak kembang ke??
    huhuhu..ramai jugak yg email kat fb tanya kenapa apam derang tak kembang mekar
    kita buat jadik je
    ikut resipi yang sama
    nak kata sebab teknik mengukus.. tak pasti la pulak. tp steamer mmg kena btul2 panas kot
    steamer elektrik mmg panas sungguh wap dia
    boleh melecur tgn dibuatnya

    BalasPadam
  2. tu arr..dayu...tp diaorg kata kena letak hampir penuh cup...dayu letak penuh cup k?xpe,nnti nk try buat balik..

    BalasPadam