22 Jul 2013

Iftar 11 : Kuih Tako & Iftar 12 : Puding Jagung Kastard

Salam senin uolss..

Punah harapan nak puasa penuh tahun ni..bendera jepun dah mai lak..
Selepas beranakkan baby arfan ni baru period balik..so rasa lain macam je perut ni pun..tak selesa sangatsangat..
So lepas ni kena berjagajaga lak ye..takut lain yang 'mai'..huhuhuhuh

Ni nak cerita pasal weekend baru ni, walaupun pun still tak sihat gagahkan diri gak nak buat kuih tako dan puding jagung..
Ni pun masih selsema dan batuk lagi..dah la period pastu batuk lak tu..hooiii,tak selesa..
Naknak kakak aku, angah satu family buka puasa kat rumah..so tu yang buat..resepi yang mudah dan cepat je aku buat..



Hari sabtu iftar ke 11, aku buat kuih tako guna tepung hoen kwe tu..
Cuma tambah santan dengan gula je..
Resepi asal aku tengok kat masammanis. siap ada tunjuk cara buat kotak guna daun pandan tu..
Aku tak rajin sangat, so aku pakai putih jernih je senang sikit..

Kuih Tako




Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear) aku guna sengkuang biasa je..itu yang ado..

Lapisan Atas 
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

Hari ahad pulak iftar ke 12, aku buat puding jagung guna tepung kastad tu..
Tapi my mom suruh tukar susu guna santan..baru rasa lemak..sedap sikit..
So ikutkan je la ye..jangan menderhaka..
Resepi asal aku tengok kat mamawandiha..

Puding Jagung Kastard


Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung kastard (dicampurkan dengan 3 cawan air)
1 tin susu cair - aku guna santan..boleh guna tin jagung tu untuk sukat..
1 tin jagung manis(creamy corn)
1 1/2 cawan gula

 Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana.
2. Kacau sentiasa supaya kastard tu tak berketul.
3. Kacau sehingga pekat likat dan berkilat.
4. Bila kastard dah pekat.. Letaklah adunan tu kedalam loyang.
5. Ratakan dan sejukkan. Lepas tu sejukkan dalam peti

Untuk air pulak adik lelaki aku buat..macammacam jenis air uolss dia buat..
Masak sendiri air tu ok..nanti la aku cete pasal air pulok ye..
Ni buzy nak bayar bil..hahahaha
Almaklum ar gaji dah masuk..bulan ni awal sebab nak raya..


1 ulasan: