15 Jul 2013

Iftar 5 - Tauhu kukus Sos Tiram

Harini dah masuk hari ke 6 kita puasa kan..sekejap je rasa nyer..
Bila tiba bulan puasa semua blog la tunjuk makanan siap resepi nyer..
Aku ni kan duduk dengan family aku..so aku tolong mak aku masak la..
So tak la sepenuh nyer airtangan aku..so malas la nak masuk picca sebab bukab aku yang masak 100% kenn..

Picca yang aku buat or masak sendiri baru la aku berkobar sikit nak letak..
Walaupun simple giler je..fedulik apa kan..blog i..
Ye la, i kan tak terror masak macam uolss semua..sob..sob..
Tak apa, sekarangkan semua dihujung jari..ko klik je resepi apa ko nak..berduyun keluar okay..
So boleh belajar bilabila masa je..

Semalam aku buat tauhu kukus sos tiram..
Dah lama giler nak buat, asyik la tertangguh..
Semalam tengok bahanbahan semua ada.hanya beli tauhu lembut dan kiub pati ayam je..
So semalam cepatcepat buat, mintak papa tolong tengok baby jap..


 Bahanbahan:-

1 kpg tahu lembut yg besar
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1/4 kiub ayam / ikan bilis
daun bawang dihiris halus
air secukupnyer
minyak utk menumis
cili merah dihiris
Sedikit daun bawang dihiris
bawang goreng

Caracara:-

Kukus tauhu selama 5 minit angkat dan ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga harum. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, dan air secukupnyer dan kacau hingga mendidih. masukkan kiub ayam, dan minyak bijan, kacau hingga pekat. Angkat dan tuang ke atas tauhu tadi. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili.



2 ulasan:

  1. aku dh lama nk buat weh,
    tp ntah, bila nk buat. agaggagaga

    BalasPadam
  2. owh letak minyak bijan ke. aku suka tauhu ni pernah try buat tp tak sedap. hahaha. bole ah try balik. thanks.

    BalasPadam