4 Nov 2014

Aryan Pulak Demam..

Assalammualaikumuols uols...
Harini baru start keje..semalam aku el sebab aryan lak demam..
Arfan dah baik demam pas baton kat abang aryan dia pulok..


Aryan start demam hari ahad..pagi ahad tu dia dah lain..meragam jee..ada je tak kena..
Rasa badan okay je tak ada panas pon..tapi emakkan, anak lain macam tau dah dia nak demam tu..
Petang tu dah start panas badan..tengok picca tu, tu hari ahad..dengan air mata nyer..
Sedih tau mama tengok..

Terus bagi ubat demam petang tu..tapi yang geram nyer aryan ni payah nak makan ubat..
Time arfan demam sibuk dia nak makan ubat sama..elok je time tu..
Konon tunjuk hebat la kat adik ek..
Sekali time kamu demam, haru biru nak bagi makan ubat..sudah nyer papa pegang, mama bagi ubat..
Aryan..aryan..

Malam ahad tu memang tak tido la dia..merengek je..
Nak masuk buai kata nyer..tido la dia dalam buai malam tu..


Ni hari isnin pagi, badan still panas..
Mandi pun tak nak, makan ubat apa tah lagi..
Sudah nyer kena paksa la..lepas mama berjuang bagi makan ubat..
Pujuk dia mandi lak..bagi haba tu keluar la kan..
Elok lepas makan ubat mandi, mandi pastu tanya nak makan nasi tak, ada sup..
Dia pengemar sup tegar..dia kata nak makan..
Lega kata dia nak makan sebab hari ahad tu dia tak makan lansung..
lepas makan nasi sikit dengan sup, terus tido..


Masa dia tido rasa badan still panas..cek suhu waktu tu 36.7..
Dia tido pun tak ada la lama sangat..masa dia bangun tu cek lagi suhu tengok dah 37.7..
Oit, makin naik lak ni..aku dah risau dah..ajak aryan pi klinik nangisnangis tak nak..
Sms papa bagi tau..dia tak bole nak balik or lari kejap..sebab tak sempat kata nyer..
Dia suruh tunggu petang kang..nenek pun risau katan yer selalu aryan demam tak ada la sampai 2 hari..



Elok petang tu papa sampai terus bawa pi klinik dinar depan rumah tu..
Sampai klinik nangis dalam kete tak nak turun..pujuk la baru nak turun tu pun nak aku dukung..
Masuk bilik jumpa doctor..cek suhu naik 38. berapa tah lupa lak..
Pastu doc tanya dia batuk dengan selesema ke..sebab hingus dia meleleh dek nangis tu..
Cakap la ah dia batuk dan selesema sebelum ni..doctor terus bagi 4 ubat..
Ubat demam,batuk, selesema dan antibiotik..kena la Rm50++

Balik macam biasa berperang lagi nak bagi makan ubat..
Bagi ubat demam dengan antibiotik dulu..
Lepas setengah jam macam tu..baru dia start bangun duduk pastu berjalan..tak ada dah baring jee..
Pastu baru mainmain dengan arfan..
Fuhh, lega tengok..kalau makan ubat demam je mesti tak jalan..kena makan antibiotik gak baru okay..
Sama macam arfan gak kalau tak makan antibiotik..tak baik la demam nyer..
Antibiotik kena makan dalam 5 hari je..pastu kena buang..
Tu penting nyer antibiotik uols..


3 ulasan:

  1. harap2 aryan dah sembuh ye..sian tengok anak2 demam ni

    BalasPadam
  2. Alahai musim demam pula sekarang kan. Anak aku yang sulung baru je baik dari demam. Takpelah demam sebab nak jadi budak pandailah ni. Semoga cepat sihat ye sayang..

    BalasPadam