28 Jun 2013

Baby Arfan Dah Berjaya Meniarap

Salam jumaat semua..
Tak sabar nyer nak tunggu pukul 5.30 ptg..nak balik..
Hahahahh..over ken..

Aku happy ni sebab semalam baby arfan dah berjaya meniarap..
Masa 1st tu aku tak perasan..papa duk jaga dia..aku sibuk tengok cete Teduhan Kasih..
Tibatiba papa panggil kata baby dah berjaya meniarap..aku pun "alor,ye ke..tak perasan la.."
Terus papa baring kan dia balik..


Tuuu dia, berusaha nak meniarap..
Berat bontot kot dik,tu yang susah sikit..hahahhh..


Hip hip hoorey...dah berjaya...
Tengok abang aryan pun sibuk nak meraikan kejayaan baby meniarap..
Pastu dah lama meniarap, menangis sebab dah lenguh kepala kot..
Nak terbalik sendiri tak boleh...hihihih..

Rasa nyer baby arfan ni cepat meniarap dari abang arfan dulu..
Dia dah berjaya meniarap dalam usia 3 bulan 23 hari..
Abang aryan dulu tak silap 4 bulan baru meniarap..

Dah meniarap ni cepat la kot proses nak merangkak..
Habis la lepas ni dia akan menjelajah satu rumah..
Tapi paling takut nanti akan mengutip benda masuk dalam mulut.
Hoo, bahaya..so after this, kena perhatikan dia selalu..

4 ulasan:

  1. yeaay berjaya arfan meniarap..caiyooo arfan

    BalasPadam
  2. waa..arfan dah pandai meniarap ya..daris blom lagi..salam kenal mommy..

    BalasPadam