So bila aku dah boring duduk rumah je..dah rupa cacing kepanasan..
Pe lagi membaking la aku..tengok resepi simple je dari majalah saji..
Laju je rasa nak buat..
Tapi kena tunggu aryan tido dulu..
Kalau tak, tak jadi keje la aku..
Bila dia dah tido,cepatcepat la kemas apa yang patut..
Then terus ke dapur membaking..
Dan ini la hasil nyer..
Muffin Pandan..
Kredit: Majalah Saji (Apr'12)
From: Ana
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak) *ana tak ada stok santan.so ganti dengan fresh milk
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Aku guna cup petak...lain dari lain,asyik bulat jo..
Picca latar belakang terpaksa dikaburkan sebab de bontot tak diingini disitu ye..
Ismahani ni,time mak lang nak snap picca la time tu dia nak menonggeng..
Eh, tak pe..sebab dia tengah menonggeng melayan karenah si aryan yang nak makan apa tah..
Tak pe ani, tonggeng la..huahuahhua....
Mak dia buzy menjadi photographer cap ayam...
Tapi serius aku dah tangkap leleh dengan ini muffin pandan..
Aku je berapa biji makan..suka sangatsangat sey..
Akan aku simpan resepi ni baikbaik..dan akan membuat lagi..
@_____________________@
salam kenal. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..:D
BalasPadam