4 Apr 2012

1st Trial Fruit Tart

Hari khamis pergi mid valley then aku ada tapau fruit tart from delifrance,,
Sedap nyer rase...sebelum ni aku tak makan tarttart ni or paipai ni..
Sekarang baru rase dan suka lak..cuma pai masih kureng lagi diterima..setakat makan sikit ok..

Pastu hari jumaat try tengok resepi...cantikkkk semua bahan ada dalam almari..
Buah pun ada lagi..pe lagi hari sabtu nyer terus aku try buat..
Tak ada la susah sangat..lebih kureng buat cream puff je aku rase..
Cuma kena perbaiki shell tart nyer..
Sebab koorang tengok ler shell tart nyer tak cantik..
Sifu tart tolong ajar macam mana nak bagi shell tart nyer cantik?

Dalam shell tart nyer tak cantik..habis juga..heheh..
Tapi 1 adunan tu aku dapat 9 ketul je..
May be sebab aku nyer bekas tart tu besar kot..
Tak pe lepas ni akan buat lagi, sebab dah jatuh cinta dengan fruit tart arr..


Fruit Tart
By: MasamManis
From: Ana

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
Tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Buah peach secukup nyer, hiris



Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi dan peach. Ambil satu kulit tart,  kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry, peach dan kiwi tadi. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

*ikut resepi asal sebelum letak kastard, ada lapisan coklat..tapi aku tak buat..aku makan yang sebelum ni pun tak ada lapisan coklat kat bawah dia..

5 ulasan:

  1. xpe prctice make perfect
    na pun 1st trial mcm ni gak rupe,
    sbbnye adunan tu akan naik gak bila bkr
    so next time nk ngetart tu
    just tekan nipis2 je adunan kat cup tu sama rata,

    BalasPadam
  2. tu arr na...dia akan naik..igat xnaik..lepas ni kena nipis2 je..tp mcm ne nk bg cantik jee..kena uli pakai penggelek k?
    hehehe

    BalasPadam
  3. wah bestnya dah pndai buat tart..;)

    BalasPadam
  4. DAKCHIK: SHELL TART NYER XPANDAI LG..TGK AR, X CANTIK...HEHHE

    BalasPadam
  5. beshnye bwt tart..rajin ana mengetart..sue nye oven sejak pindh msh dlm stor..sbb xbw keluar xkuat angkat kotak2 berat atsnye..hahaha-alasan!!..hihi

    terliur tgk ana membaking dan mengetart nih..teruja nk bw kuar oven..kahkah

    BalasPadam