walaupun puding ku tak begitu cantik..berlubang-lubang..tapi rasa ada,sudah cukup :))
Sumber: Hana
by: Ana
by: Ana
Bahan-bahan
· 4 biji telur gred B
· 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
· 4 sudu besar gula
· 1/2 sk esen vanila
· 2 sudu besar serbuk koko / 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.
Karamel
· 5 sudu besar gula
· 4 sudu besar air panas
Cara-cara
· Untuk membuat karamel - Hanguskan gula sehingga perang. Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. Tuang terus ke dalam loyang@bekas. Ketepikan.
· Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
· Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
· Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. (bergantung ketebalan lapisan). Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
· Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.
menarik!..
BalasPadam=)
nak cubalah resepi ni. tengs!
BalasPadamnampak sedap..=)
BalasPadam