8 Jul 2011

Rich Coco Puding With Milk


Sumber: Masam Manis
by: Ana

Bahan-Bahan:
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak (ana guna 1/2 cawan fresh milk je)
1/2 camca teh garam (ana tak letak)
4 camca besar tepung jagung (ana guna 2 sb tepung jagung..bancuh dgn sedikit air)
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (ana guna agar2 strip yg bertali tu)
3 camca besar mentega

Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut, kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat. Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2.(ana tak tutup api lagi terus masukkan mentega..kacau hingga mentega tu tak berketul dan rata.baru tutup api) Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.

Kuah
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air (ana tak de tepung kastard..guna tepung jagung je)
6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
secubit garam - sedikit sahaja


Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih. Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan