7 Apr 2015

Scone Lagi..

Haritu aku buat scone..
Nak habiskan tepung yang ada ni..
Ni kali ke 2 la aku buat...


Scone in the making..
Aku tak pernah rasa scone kat cameron sebab dulu nak g ladang teh boh palas tu jem giler vavi..
Sampai stuck kat lorong sempit tu dan alami kemalangan kecik ok..pecah lampu belakang belah tepi..
So tak tau la kesedapan scone cameron..
Ni rasa stail aku la..hihih..


Ni dah siap bakar..makan bersama jem..memang sedap la..
Nanti kita try scone cameron ye..tapi papa macam bercinta je nak naik cameron yang jalan kona-kona ni..eemm..

Sapa nak try meh aku tempek resepi..

Bahan-bahan A
2 cawan all purpose flour
1/4 cawan gula 
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/3 cawan butter sejuk(aku guna planta je)

Bahan B
1/2 cawan susu/cream (aku guna susu dutch lady full cream)
1 biji telur
** dipukul sedikit

Cara-cara:

Gaul rata tepung, gula, garam, baking powder. Kemudian gentel butter ke dalam tepung sampai jadi macam serbuk roti. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul je jangan uli. Sampai jadi doh. Jangan melekit sangat. Lepas tu canai setebal 1inci dan terap ikut bentuk yang disukai. Sapu baki susu dan telur atas scone tu. Bakar dengan suhu 190 darjah celcius selama 40 minit. Dah siap boleh makan dengan jem.

Selamat mencuba uols..



1 ulasan:

  1. owhhh..
    mesti try jugak.. bru tahu psal scone ni..

    BalasPadam