10 Jul 2014

Mengangkat Tangan Dan Menghulur Bantuan #PrayforGaza

Assalammualaikum uols..

Tak sanggup nak buka fb sekarang ni..
Sebab tak sanggup nak tengok orang post picca pasal Gaza dibom..
Terutama picca kanakkanak yang mati dan putus kaki tangan sana sini..
Serius aku tak boleh tengok..sedih teramat sangat..sob..sob..

Dan aku bersyukur sangatsangat kita disini aman dan banyak nikmat yang kita dapat disiini..
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..


Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922



Apa yang mampu aku lakukan dari jauh mengangkat tangan berdoa supaya sedara mara kita disana dilindungi oleh Allah S.W.T dan menghulur bantuan walaupun sedikit..
Dibulan ramadhan ni, mari la kita sumbangkan sebahagian rezeki Allah kepada kita untuk mereka disana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan