25 Ogo 2011

Biskut Raya


Fuuuuhh..lama nyer tak update blog...bersawang dah..
kena sapu sawang ni..nak2 dekat raya dah ni...
mentang2 papa g umrah...blog aku macam di bawa sekali ke sana je...
hihihihiihihih

bukan apa sibuk la lately ni...kat opis ni pun audit lagi..
bosan tul la aku audit2 ni...
ni pn still audit lg...

pastu dengan aryan meragam...
hampir seminggu la...
tido tak lena..minum susu tak nak...
sume cakap rindu kan papa dia..
aku rasa memang ye pun..
so sekarang ni dah ok..
dia dah terima kot papa dia tak da kat sini..
tak pe dik..sabtu ni papa pulang..
kite tunggu ye :))

kadang2 ada benda aku nk update..
tiba2 macam tak ada mood lak...
so ni kena ambil mood la ni...
mood raya kata kan..

walaupun papa tak ada...sempat juga aku buat biskut raya...
sambil layan aryan..sambil buat biskut..
dapat la 3 jenis biskut..jadi la..dari tak ada kan..



 1) German Cookies 2) Cornflakes Cookies 3) Chocolate Chips Cookies

nak letak resepi ke kat sini...eeemm...
ok la,aku letak la..senang nanti utk rujukan lain kali..

German Cookies

Bahan-bahan:-

125 gram mentega berkualiti tinggi / butter (ana guna majerin biasa je)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (ana guna tepung gandum je)
40 gram gula aising, diayak
ana tambah badam yg diblender halus..
Cara-cara:-
Di dalam mangkuk pengadun, pukul majerin dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.

Ayak tepung gandum dan juga tepung kentang ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut dan masukkan badam yg diblander..Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit.
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar. Jarakkan antara satu sama lain jauh2 tau.sebab bila dia kembang tak hingat je.. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang.


Cornflakes Cookies

Bahan-bahan:-


250gm mentega
150gm gula kaster
2 sudu teh esen vanila
250gm tepung gandum
4 cawan cornflakes di ramas kasar


Cara-cara :-


1.  Putar mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan esen vanila dan pukul rata.
2.  Masukkan tepung gandum dan cornflakes uli hingga menjadi doh.
3.  Ambil 1 sudu teh penuh dan atur di dalam loyang yang telah digriskan dahulu.
4.  Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
5.  Simpan di dalam bekas kedap udara.


Chocolate Chips Cookies

Bahan-bahan:-


 1 cwn butter/margerine
 3/4 cwn gula perang (ana guna gula kaster)
 2 cwn tepung gandum*
 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
 1 sk vanilla
 1 cwn chocolate chip
1 cwn badam cincang (dadu)
 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)




Cara2:


 Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
 Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
 Sudukan atas loyang . Jarakkan sbb dia akan mengembang.
 Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.

rasa2 ada yg nak mencuba...
selamat mencuba je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan