7 Mei 2011

1st Trial Apam Dot-Dot

Asyik tengok orang je buat apam dot-dot...buka blog orang ni buat apam..blog orang tu buat apam..

tengok blog dayu pun buat apam..

tiba semalam datang semangat berkobar-kobar nak buat...

tak sempat nak tunggu cuti...kang kalau tangguh,tak buat nye nanti..

balik keje terus ajak papa g cari bahan2 untuk buat apam tu..



Bahan-bahan:-

- 3 biji telur
-275 gm tepung gandum
-3 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
-150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
-1 sudu teh ovallete
-Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
-Pewarna & Esen Vanilla 
-200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)  

Cara-cara:- 

1) Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer.
2) Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . 
3) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
4) Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 
5) Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 
6) Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. 
7) Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit 
8) Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah.

~ Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka. 

tapi aku semalam...filling blueberry & piping aku tak sempat nak mencari..ambil altenatif lain,aku beli jem strawberry..piping, aku pakai plastik biasa je..
dengan mixer aku rosak nyer..aku gaul pakai yang besi bentuk macam spring tu...tak ingat lenguh nyer tangan..

bak kata pepatah "nak seribu daya..tak nak seribu dalih" 

so ini la hasil nyer

*

*

*

*
 


:))

agak rumit juga lak buat apam dot dot ni...tapi bila tengok hasil nyer menjadi..terus hilang rasa penat..
rasa macam mahu buat lagi je...
after this boleh try apam mekar pulak..

4 ulasan:

  1. wah gigih betul ana eik..mun terigin nak buat gak tengoklah cmner ...tengok kerajinan..huhuhu..cantik le ana..

    1.bekas warna merah tue beli kat mana???

    BalasPadam
  2. mun:hihih...bekas merah tu ana beli kat kedai yg ade jual brg2 plastik,jual loyong2 tu...try la cari...senang klu pakai tu ana rase..

    BalasPadam