5 Apr 2011

PNEUMONIA & EKZEMA

Tiba2 tadi aku baca blog http://teppeijourney.blogspot.com/.ada n3 pasal blog http://periuktanah.blogspot.com/

N3 tentang kembali nyer anak tuan blog "periuktanah", Munirah Huda kembali ke rahmatullah pd hari Jumaat lepas di sebabkan penyakit pneumonia..

Arwah Munirah rase nyer sebaya dengan aryan 8 bulan :((

Minggu lepas lak aku baca blog  http://dakcikain.blogspot.com/
Anak Dakcik Ain, Sofea yang penyakit ekzema dia telah menyerang kembali..

Tersentuh sungguh naluri keibuan aku ni..bila terbaca cerita2 begini..

Sekarang macam2 penyakit ada...so aku pun search la cari apa itu Pneumonia & Ekzema..jumpa la kat 
 www.infosihat.gov.my

So sapa2 yang kurang arif pasal penyakit ni..meh la kite baca ini ye :-

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana anda mendapat penyakit ini?
Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau pneumnia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.

Tanda dan gejala
Kadangkala pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:
• Demam (390-400C) dan menggigil.
• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
• Bernafas dengan cepat dan pendek,
• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
• Berpeluh dan muka kelihatan merah.
• Hilang selera makan atau perut meragam.

Untuk kes pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder .
Tabiat yang baik
• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selsema dan batuk).
• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.
• Amalkan kebersihan diri yang baik.

Rawatan
Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:
• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari . Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
• Berehat secukupnya.
• Berhenti merokok.
Berjumpalah doktor sekiranya....
• Gejala-gejala masih berterusan.
• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.
• Kesesakan nafas semakin teruk.
• Batuk yang berpanjangan.
• Kahak berubah warna.
• Sesak dada.
• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
• Kahak mengandungi darah.
• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
• Fikiran terkeliru.

 Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis
(kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang
kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan
menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan,
pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanakkanak
mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan
membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah
satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?
• Keturunan.
• Alahan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu
dan permukaan yang kasar.
• Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan
alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :
• Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
• Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
• Bengkak kecil yang berair.


#Kepada 2 orang mama diatas..banyakkan bersabar ye..Allah sedang menguji kite..

5 ulasan:

  1. info yang bagus nie..thanks..
    mun ada baca jugak entry di blog periuktanah tue
    sedih kan..
    takziah la pada keluarga kak an

    BalasPadam
  2. tenxs
    na pun tertanye2 penyakit ape tu
    tp xsempat nk gugel td

    BalasPadam
  3. mun & nano..u r welcome...
    sharing is caring..hihihi

    BalasPadam
  4. fashya pun cari info pasal sakit pneumonia, sebab husna tgh batuk selsema skang. takutnyaaaaaaa...

    takziah buat ibu munirah. Syurga bidadari menantimu disyurga

    BalasPadam
  5. Fashya:tu lerr...risau kn..bdk kecik ni antibodi nyer bukan kuat no..

    BalasPadam