29 Dis 2014

Sagu Gula Melaka

Assalammualaikum uols..
Pagi yang mendung diiringi hujan..
Teringat orang pantai timur yang terima musibah banjir ni..
Semoga diaorang sabar dan tabah..

Nak cete, kan aku cuti start krismas sampai semalam..
So hari jumaat tu tak ada kemana..
Tibatiba rasa nak buat dessert untuk minum petang..
Teringat sagu gula melaka..pikir sagu pon ada lagi..
Terus google resepi..arfan tido je tengahari tu, terus lari jap po matahari mall depan rumah beli santan dan gula melaka je..


1st time buat sagu gula melaka ni..selalu ma je yang buat..
Walaupon tengok resepi macam senang je kan..tapi tengok gak kang sagu nyer tak jadi lak..
Nasib baik jadi je..alhamdulillah...



Bahanbahan:
1 cawan biji sagu (warna putih)
3 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.
Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.
Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.




Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis

Santan:
1 cawan pati santan
1/4 sudu teh garam
atau:
Susu cair

Cara Menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan santan/susu cair..


See, sedap nyer..
Pastu bagi mak mertua sikit..
Vavava, mesti mak mertua cakap pandai menantu aku..wakaka..


1 ulasan: