19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalammualaikum uols..

Sapa sekarang follow cete Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3? angkat kaki!
Setiap Isnin - Khamis..jam 7 mlm - 8 mlm..Slot Akasia..


Mulamula tengok macam boring je sebab izreen tu berlakon macam kelamkabut je..
Rupanyer watak dia dalam cete ni memang kelam kabut je..
Kelakar tengok watak dan perangai dia dalam ni..terkekek aku gelak..hahaha..
Papa pun layan gak cete ni if dia balik keje awal...

Macam biasa cete dari novel difilemkan jadi drama..
Tulisan dari Umie Nadzimah..setakat ni tak ada kemaruk lagi nak beli novel dia macam cete Setia Hingga Hujung Nyawa dulu, siap novel aku beli..

Pastu tengok hero dia Si Tajul Razin lakonan Amar Baharin ni..
Macam so sweet je walaupun ego nyer tinggi dalam cete ni..
Pastu dengan muka macam jambu tu terus tengok sambil feeling gitu..hahah..


Dan tak pasalpasal terus following dia dalam ig..over gitu..
Jangan risau si hitam manis totap dalam hati..hihih

Sedikit sinopsis untuk cete ni..

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan 
keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.
Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. 

Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi. Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah.

Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah.

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?


posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. kite sejak dok kg berpntang ni mmg folo citer ni..minat kat kat tajul razin tuh..selama ni tgk pelakon tu kat citer2 lain tkdelah nmpak menarik tp kat citer ni mcm swettttt plak..hahahaha

    BalasPadam