8 Ogo 2012

Chocolate Chips Cookies - 2012

Ini cerita hari sabtu baru ni..tibatiba mood rajin nak membaking biskut raya datang..
Terus search cari resepi yang simple..rumit tak mahu la..
Pastu tengok bahanbahan sume ada tak yah nak pi beli..lagi bertambah rajin..
So dah rajin plus larat, baik buat..kang datang malas plus tak larat..melepek jeee la...
Cadang tahun ni nak buat 2 jenis biskut...so satu dah buat..tinggal lagi satu jenis je..
Pastu yang lain kite beli kerepek dan kacang je la ye..

Ni kite buat biskut chocolate chip dulu..
Aku buat 2 adunan..so dapat la banyak sikit..
Boleh la nak bagi mak mertua ke atau babysitter aryan..

ni belum dibakar lagi
Chocolate Chips Cookies


Bahan-bahan:-
1 cwn butter/margerine
3/4 cwn gula perang (ana guna gula kaster)
2 cwn tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
1/2 cawan serbuk koko*
1 sk vanilla
1 cwn chocolate chip (ana nyer chocolate chip 2 color - chocolate & putih)
1 cwn badam cincang (dadu) (ni stok ddh abis..so tak masukkan)
1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)


dah siap dibakar

Cara2:
Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
Sudukan atas loyang . Jarakkan sbb dia akan mengembang.
Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.

#satu jenis lagi nak buat biskut kelapa or biskut cornflakes..eeemmm mana satu ye?#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan