Hari sabtu lepas merajinkan diri masak untuk menu petang..
Aku buat Makaroni Goreng..
Makaroni balance yang hari tu masih elok lagi..so baik aku buat sumting..
Kang nanti ke tong sampah pergi nyer..
Aryan suka betul makan makaroni ni..
Aku hisaphisap sikit la sebab tak mo bagi pedas..
Dalam rasa pedas tu nak lagi lak.. Berapa kali tah dia makan hari tu..
Malam ayahsu makan, dia makan lagi..
Ooohh..teruja mak sebab penat lelah mak masak dia makan..wakakakah
Ni dia resepi Makaroni Goreng Simple jee..
- Makaroni yang sudah direbus - campurkan sedikit minyak semasa merebus supaya tak melekat
- Sedikit ayam yang telah dicincang halus *kalau ada daging cincang pun ok
- Cili kering yg di blendar @ cili boh
- 2 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih
- Sedikit sos cili
- 2 biji telur
- Sedikit carot, kacang panjang dan fishball *ini je yg ada dlm
- Sedikit garam *aku masukkan juge sedikit gula supaya tak pedas
Cara-cara:-
-Tumiskan bawang dan goreng sehingga kekuningan
- Masukkan cili blendar, sos cili dan kemudian masukkan ayam cincang tadi beserta bahan perasa..*aku masukkan juge sedikit air supaya tidak terlalu kering..
- Setelah ayam itu masak, masukkan carot, kacang pjg dan fishball..
- Kemudian masukkan telur..kacau sehingga masak..
- Lastly masukkan makaroni..gaul sehingga rata..
Siap dan boleh dihidangkan dengan daun sup serta bawang goreng.*makcik nan ado,so tak de la nak hiashias je..
Simple je kan..yang keje sonangsonang ni aku suka la..
+________+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan