Weekend hari tu...tak ada kemana pun.just duduk rumah je sebab papa kena kerja..petang lak tu..so tak boleh la kita nak berjimba2 dik..
So dah duduk rumah ingat nak buat kek..lagi lak semalam beday my young brother..lagi laju la aku kedapur pergi buat kek..buat kek coklat kukus je..nak bakar oven tu masalah sikit..leceh arr..
Kek Coklat Kukus Versi Ana Mama Aryan
Bahan-Bahan:-
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 2/3 cawan tepung gandum
1 tsp soda bicarbonate *yg ini aku agak2 je*
3 biji telur
Topping Coklat:-
1 paket coklat masakkan
1 paket coklat MM *ikut suka anda la nk hias pakai pe*
Cara membuat:-
- Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk.masak sebentar atas api yang kecil sehingga larut.tutupkan api dan biarkan ia suam.
- Panaskan periuk kukus berisi air secukup nye.
- Tepung dan soda bicarbonate di ayak bersama
- Telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk yang besar.kemudian tuangkan campuran koko tadi dan dipukul dengan speed yang perlahan..*aku campukan sedikit esen vanila supaya tak bau hanyir telur tu*
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati
- Tuang ke dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak.seperti pic di bawah:-
- Kukus selama 40 minit atau 1 jam sehingga masak..*seperti pic di bawah:-
- Sejukkan kek sebelum dihias dengan topping coklat.topping coklat tu panaskan coklat masakkan guna cara double spoiler *betul k ejaan aku*. nak nampak topping tu berkilat campur kan sedikit minyak.
So ini la hasil nyer :-
Kek ini khas untuk my young brother..Hapy Beday Tengku Fadzli Edzuan..May Allah bless u..
ha, ni tangan sape lak yg nak merempat coklat mm tu..
Ni la beday boy....beday boy tgh potong kek..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan