14 Jul 2014

Biskut Raya World Cup - German Cookies

Assalammualaikum uols..
Mood raya belum sampai lagi..
Baju budakbudak tu satu pun belum shopping lagi..sedih sungguh..
Tapi mood biskut raya sudah ada..muahaha..



Sempena dengan world cup..ni dia German Cookies..hahahaha..
Eh, tak ada kena mengena la..ni je resepi yang mudah dan sonang..
Tu laju je nak buat..yang rumitrumit harap maaf la yee..

Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula icing
250 gm tepung kentang
100 gm tepung gandum

Hiasan : Sugar Colours

Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan .
2. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim ( pukul sebati jer saya).
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit .
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10 gm) bulatkan dan tekan atas menggunakan garfu..tabur kan sugar color or apaapa hiasan.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 170C selama 15-20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan