Memaparkan catatan dengan label December 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label December 2010. Papar semua catatan

31 Dis 2010

Welcome 2011

 Last n3 untuk tahun 2010...

Sekejap je masa berlalukan...pejam celik, pejam celik dah hampir berakhir tahun 2010...banyak suka duka tahun 2010....tapi itu lumrah kehidupan dan mendewasakan kita..

Semoga tahun baru ni murah rezeki kami sekeluarga terutama kepada aryan..

Harap2 aku dapat menjadi mama dan isteri yang lebih baik...

Dan semoga azam papa akan tercapai  ***wahh..wah..tak sabar nyer** 

So good byeeeee 

*
*

*


Welcome...

*

*

*


#kepada para blogger semua Hapy New Year & Hapy Holiday...C U next year..

Terima Kasih PM & Pemain Malaysia Terbaikkkkkkkkk...

Aku rasa hari ni kat semua tempat akan bercerita pasal bola kan..koorang semua pun mesti tengok bola malam tadikan..aku pun,tengok bersama keluarga tercinta tapi tanpa papa sebab dia kena kerja petang...sabar je la ye pa..

Dan yang paling berdebar tengok masa penalti arr..tapi nasib baik tak masuk...syokkkkk gilerr masa tu..memang keeper malaysia terbaikk arr..

Khairul Fahmi, kamu memang keeper terbaik arr..

Dan juga penyerang dan penjaring terbanyak..

Safee Sali,kamu memang hebat..
senang cerita.........................

Kamu semua terbaik & terhebat.....



Part paling suka.........ESOK CUTI.............yeeeeeeeeahhhhhhhh........

Terima Kasih PM....

29 Dis 2010

Rajin tak rajin la...

Eeeemmm..pe kena entah aku ni..tengah rajin mencantikkan blog & update info *cantik ke* tengok orang lain nyer blog cantikkk je..aku nyer blog,haram kejadah nyer...almaklum arr,setahun jagung pn belum lg umur blog aku ni..tu yang tiba2 rajin ni..hihihih..

Lagi pun muncul nye blog aku ni, disebabkan si bam..bam..aku tu la..blog ni je la yang boleh mengimbas memori aku start mengandungkan dia,melahirkan dia dan seterus nye la..dan disebabkan blog2 mama yang lain juge..

Dan aku harap,aku sentiasa meupdatekan blog aku ni...insyaallah..

Tiba2 rindu kat :------>

*

*

*

*

*

*

*

Si bamm..bamm..
# cepat arr 5.30pm...

27 Dis 2010

I'm 5 months old....

Krismas hari tu, genap aryan 5 bulan.next month boleh mamam dah...teruja nyer la mama nak masak untuk aryan..so sekarang tengah survey blender & resepi untuk aryan..lagi pun kesian tengok aryan sekarang,bila orang makan je..dia tengok je..pastu mulut dia macam kumat-kamit macam nak makan..sabar ye sayang...

Next week aryan nyer chekup..dengan inject 3 serangkai tu..harap2 aryan tak demam la..then nak tengok berat dia berapa naik..bcos sekarang dia tgh aktif meniarap & angkat bontot..so badan dia tengok dah susut sikit..

~ Sekarang aktif angkat bontot nak kedepan..
~ Still suka menyembur..habis baju basah..
~ Kalau papa & mama pegang h/phone dia akan pandang..ingat nak ambil gambar dia kot..
~ Kalau orang lalu depan dia..dia depa tangan nak suruh orang dukung dia..
~ Suka hisap tangan..kadang2 sume jari dia masuk dalam mulut..
~ time malam sekarang tido - just bangun nak susu je..then tido balik.tak macam dulu..kalau dah bangun nk tido balik bercinta..part ni paling syok sbb mama n papa dapat la tido lena sikit..hihih
~ Susu dah di campur dengan nestum..mesti habis..kalau susu je,tak habis minum..


Sayang bam..bam..bolat..bolat..mama..papa ni..muaawah..

16 Dis 2010

Family Planning



Selepas melahirkan aryan, aku fikir untuk membuat family planning..kalau boleh biar aryan besar dulu la, baru  fikir nak tambah ahli keluarga..tapi jika Allah memberi, aku menerima..REZEKI...tapi ikutkan muhkhairi dia nak ye..huhuhuh...

tunggu syg mama ni besar dulu yee.



Sekarang aku tengah mengkaji kaedah yang mana satu aku nak gunakan..aduyaii...

Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin.
Terdapat dua jenis IUD:



-Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10tahun.

-Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.


Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten. Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.
 


*Para blogger sekalian any suggestion..

13 Dis 2010

Outing wif Aryan at Kelab Sukan Air / Pullman Putrajaya

Weekend hari tu, bawa aryan ambil angin tasik kat putrajaya..rasa nya last yang kami pergi putrajaya waktu bercinta cintun dulu...siap naik Perahu Dondang Sayang lagi menyusuri tasik melihat keindahan putrajaya..*wink*wink*


Ni masa bercinta cintun

*kurus nya la aku dulu..





Sekarang ni datang bertiga pulak...next time berempat,berlima dan seterus nya...hihihihih...tapi waktu ni ramai sungguh pengantin yang datang untuk shoot outdoor..sana sini pengantin...

Layan aksi aryan kat putrajaya ni..







Suka aryan tengok abang dan kakak main air..ada pantai kecik untuk budak-budak mandi..siap ada pasir pantai lagi..









Lepas tu, aryan dengan mama posing kat pullman lak...





Then pic aryan dengan mama..aryan dengan papa...













P/s: Tangkap guna hp papa je..bukan kamera biasa or DSLR :-(

6 Dis 2010

Aryan wif new bottle & cloth book

Aryan dah ada new bottle momma....tp avent still pakai..saja nak tambah koleksi botol aryan..suka tengok design botol momma ni..kiut je rasa...tu yang rembat satu untuk aryan tu..tapi puting momma aryan tak suka la.sebab dia dah biasa dengan puting avent..puting momma ni bulat..puting avent petak..nasib baik puting avent boleh pakai kat botol momma ni..putting momma boleh pakai kat botol avent.so terpaksa la pakai botol momma,puting avent..hihihih...






2 Dis 2010

Aryan 4 months

Aryan dah 4 months..tapi sekarang aryan tak berapa sihat sejak dia genap 4 months ni..batuk + selsema...ni la 1st time dia sakit sejak dia lahir..kesian tengok dia..kalau boleh transfer sakit tu kat mama..mama ambil sayang..sabar ye sayang..sayang mama ni nak besar kan...

Pe yang aryan boleh buat masa 4 bulan ni:-

- Bila meniarap je,angkat bontot
- Suka hisap tangan
- Pe yang dia pegang sume nak masuk dalam mulut
- Air liur bersembur...habis rambut mama gugur sayang
- Suka tarik rambut mama
- Suka dengar papa nyanyi lagu "tepuk amai-amai" versi papa
- Dah duduk dengan tegap

Aryan wif papa