28 Ogo 2013

Solid Food - 4 Days Rule

Pejam celik pejam celik next week arfan dah 6 months olredy..
Time for eat.....
Ni pun sekarang bila orang makan, mulut dia pun sama mengunyah..alolo..sian anak mama..
Semalam ada cete, aku tengah pegang dia sambil aku makan keropok..entah bila waktu, dia capai keropok tu nak masuk mulut..
Sampai nenek cakap "sian ye adik, badan besar tak dapat makan lagi..beli la nestum tu, buat caircair bagi makan..sian dia'

Ni aku ada google sikit pasal solid food dan pasal 4 days rule tu..
Masa aryan dulu terlepas pandang pasal 4 days rules tu..sory ye abang aryan..
Tapi nasib baik la ok, tak ada apaapa..huhuhh

Tapi bilakah waktu yang paling sesuai untuk mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda?
Mengikut WHO, 6 bulan adalah waktu yang sesuai anda memperkenalkan makanan pejal.

Kenapa harus mengunggu sehingga 6 bulan?
Di usia sebegitu, organ-organ dalaman bayi sudah bersedia untuk menerima dan memproses selain dari susu ibu. Tetapi ada juga bayi sudah mula diberikan makanan pejal seawal usia 5 bulan setengah, dan tidak terkejut juga, ada yang hanya menerima makanan pejal ketika di usia 7 bulan.

Bagaimana kalau saya ingin meneruskan penyusuan eksklusif tanpa makanan pejal walaupun bayi saya sudah berusia lebih dari 6 bulan?
Melewatkan pengenalan kepada makanan pejal pula mugkin menyebabkan bayi anda kekurangan zat besi.

 Apakah tanda-tanda yang bayi anda sudah bersedia untuk menerima makanan pejal?
  • bayi mampu duduk dengan tegak
  • tounge-thrust reflex sudah berkurangan; iaitu bayi sudah mampu koordinat mulut dan lidahnya untuk kunyah & telan
  • bayi sudah mula mengutip objek di hadapannya dan memasukkan ke dalam mulut (sounds familiar..?)
  • bayi sudah menunjukkan minat terhadap makanan anda dengan cara ingin menerkam makanan anda :)
Sebagai seorang ibu, biasanya anda akan dapat 'baca' akan kewujudan tanda-tanda bayi anda sudah boleh mula diberikan makanan pejal.

Natural is always better.Jika dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi bersusia 6 bulan boleh mula diberikan makanan berbentuk puri, iaitu dikisar atau dilecek halus. Bagi 8 bulan ke atas, memadai makanan itu ditapis atau dikisar kasar.

Menyediakan makanan pejal dengan air tangan ibu sendiri (atau homecooked baby food) amatlah digalakkan. Lebih segar, kebersihan yang terjamin, tanpa penstabil, tanpa gula, garam dan perisa tambahan dan ibu bebas untuk berkreativiti dengan resepi-resepi makanan pejal yang perlbagai! Ingat: No salt, No sugar. Perasakan puri atau bubur bayi anda dengan perasa asli. Contoh: air rebusan ayam, air rebusan daging, ubi kentang (rasa lemak), carrot dan jagung (rasa manis), ikan bilis digoreng dan dikisar halus, hirisan bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Semua ini sudah cukup untuk membuka selera bayi anda! Silap-silap, mummy dan daddy pon join sama.

Puri berasaskan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran sesuai diberikan sebagai permulaan. Amalkan pemerhatian selama 4 hari atau 4 Days Rule. Sekiranya bayi anda menunujukkan tanda-tanda alahan (cth: ruam pada kulit, sesak nafas), itu tandanya makanan tersebut tidak sesuai untuknya di usia tersebut. Sekiranya bayi tidak menunjukkan sebarang tanda negatif sepanjang 4 hari tersebut, maka bolehlah anda bereksperimen dengan campuran puri-puri berbeza mengikut kreativiti anda.

Sebanyak mana harus saya berikan?
Untuk permulaan, cukup 1-3 sudu untuk satu hidangan, dua kali sehari.
Berkemungkinan bayi anda akan menunjukkan muka 'pelik' ketika mula diperkenalkan kepada makanan pejal. Usah bimbang. Dan usah dipaksa. Cuba lagi di waktu lain.


Abaikan pork disitu yee..
Atas tu ada tulis apa yang baby boleh makan..
So nanti nak cari set pinggan dan sudu untuk arfan dengan nak beli buah/sayur untuk buat puri dia gak..
Pastu nak cari balik blander avent masa aryan dulu..
Tapi malam tadi papa beli barang dapur, papa ada beli gak nestum beras merah..standby laa..
Aku ingat sabtu ni aku start nak bagi arfan makan..time tu dia lagi 3 hari je nak 6 bulan..may be ok la kot..
Janji aku tak bagi masa dia umur 2 or 3 bulan wokay..



Okay kali ni mak ko over...siap buat jadual dah pun..
Ini plan aku nanti..nanti balik kasi lekat..
So anak harap bersabar la jika kamu bosan makan yang selama 4 hari...huhuhhh..

lepas ni tak ada dah makan tangan atau tuala ye dik..

2 ulasan:

  1. salam..salam perkenalan....bagusnya info ttg solid food..tak pernah try kat baby makan puri...huhuhu.,..asik bag bubur jeeee....btw..follow me back yee

    BalasPadam
  2. dak bambam ni..geram jerr tgk dia

    BalasPadam