Ingat nak update cete pasal raya..tapi tak ada mood la..nanti la dulu..
Sekarang nak cete pasal abah..buat masa sekarang ni my family tengah bersedih sejak dapat tau penyakit abah kelmarin..kalau sapa yang folow fb aku mungkin dah tahu..
Abah masuk hospital sehari sebelum raya, tapi sebelum tu dah tak larat baring jee...makan pun tak ada selera..pastu puasa lagi..
Hari selasa malam dia dah demam, rabu pagi hubby hantar pergi hosp serdang..
Time tu abah pun dah semput @ susah bernafas..so kena admitt la until now..
Selasa aku dah masuk keja tapi hubby start cuti lagi..so tengahari tu hubby,adik wan dengan ma pergi tengok abah..
Along dan family pun tengok, dia gerak dari rumah dia kat bandar baru bangi..
Petang tu doc call panggil suruh datang balik hosp..so adik wan, along dengan abang ipar pergi balik petang tu..hubby nak ambil aku kerja..
That time baru dapat tahu abah menhidap AML Leukimia tahap 5..sob.sob..
Untuk umur abah tahap 5 tu agak teruk la dibandingkan dengan umur yang muda sedikit..
Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML)
Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.
08 Ogos 13 - Raya Pertama
Menu raya tahun ni hanya nasi impit + kuah lontong + kuah kacang + rendang ayam..
Aku dengan my sis angah raya kat sini dulu..Angah raya ke 3 baru gerak balik Perak..
Aku pun raya ke 3 lari jap balik Nogori..kesian aryan nak balik kampung jumpa oyang kata nyer..weols balik hari je pun..
Kang sapa nak bawa ma dengan adik g hops kalau balik lamalama.
Tahun ni beraya tak berapa best la sebab abah masuk hosp..
Tengahari raya pertama tu terus zasss pi hosp..
Time ni otw nak pi hosp la..nasib baik budak ni tido..kat tol sungai besi jem sikit..
Ini budak dah bangun, tak larar nak dukung lamalama..awak tu bambam..lenguh tangan mama tau..
Time ni ma bawa nasi impit dengan kuah lontong..baru la abah ada selera nak makan sikit..
Kalau tak, tak mahu makan sangat..
Dikelilingi anak menantu, cucu sume selera la kot..
Nasi hosp cucucucu dia yang bedal..hahahhh
Ok la tu, dari membazirkan..
09 Ogos 13 - Raya Kedua
Ni lak raya kedua pergi hosp..
Baby arfan tinggal kat rumah dengan ma dan anak buah yang lain..ma tak pergi..
So naik satu kete dengan angah, abg ipar dan hubby..aryan bawa kalau tinggal susah nenek nanti..
Haritu abah masuk darah lagi..
Darah abah jenis A+..sama dengan aku rasa nyer..
11 Ogos 13 - Raya Keempat
Sayang mereka dunia & akhirat.. |
Raya keempat pergi hosp bawa mak dengan adik wan sekali..
Angah raya ketiga dah balik kampung perak.
Aku raya ketiga lari jap balik nogori..
Ini budak bambam mengamuk nak tido..
Bagi susu tepuktepuk terus zzzzz..pinjam katil atok jap..
Jangan marah nak interframe gak..kuikui..
14 Ogos 13 - Raya Ketujuh
Ni hari selasa minggu ni..aku ambil el nak pi tengok abah..
Time ni abah dah dapat tahu dia ada leukimia..so tak berapa ceria dia..
Dapat la muka risau, pastu start kurang makan balik dah..sob..sob..
Time ni adik wan tengah sapu losyen kat kaki abah sebab kering..
Start dah ramai datang melawat abah time ni..sebab ramai dah tahu sakit abah tu..
Ni keluarga azura, satu family datang melawat abah..termasuk alin gak..
Tima kasih banyakbanyak yee sume..
15 Ogos 13 - Raya Kelapan
Sebab semalam abah menjalani mengambil air tulang punggong..so adik wan jaga semalam, dia pun tido kat sana..
Ni picca baru lepas ambil air tu..picca kiri masih tak sedar lagi..
Picca kanan baru sedar tapi macam mamai sikit sebab ubat bius tu..tu baru tido selepas bagi makan..
Harini tak pasti dapat tengok ke tak..kalau tak dapat tengok..
Esok je la, bawa sekali baby arfan dan aryan..biar ada cucucucu dia, rasa happy la sikit kot..
Then maybe esok angah pun datang gak..so sume anak menantu cucu dia ada lagi happening sikit..
Kawankawan sume tolong doakan bapa saya ye..semoga Allah dapat membalas je..amin..
#Sejak dapat tahu penyakit abah..sentiasa aku menangis..tak sangka sangat..
sabar ye ana...
BalasPadamakak doakan abah ana akan sihat2 sahaja insha Allah
mun doakan semoga abah ana sihat semula insyaALLAh na....jg diri elok2
BalasPadamkita tetiba sebak tgk muka abah pakai baju spital teringgal kat arwah abah yg sakit kanser ulser dulu ..esok genap 16thn arwah abah meninggalkan kami ..
BalasPadamsemoga abah T.fauziana sembuh seperti sedia kala amin