30 Sep 2015

Jom Jejak Kaki Ke IOI Mall Putrajaya

Ahad lepas saja bawa aryan arfan jalan-jalan sempena hari terakhir cuti panjang ken..



Pusing punya pusing tak tau nak kemana pon..
Mula-mula duduk belakang dengan my lil boyfren..
My 2nd lil boyfren duduk depan..
Alih-alih dah berebut dua-dua nak duduk belakang..
Last sekali tertido dua-dua..



Dah koorang tido kat belakang..mama berganjak la kat depan..
Lama oit tak duduk berdua macam gini..
Kalau aku duduk depan nanti ada yang menyelit sekali..silap haribulan dua orang menyelit kat depan tu..

Last sampai kat putrajaya papa kata jom pi mall baru tu..
'ioi mall baru tu ek..jom'
Boleh pusing-pusing tak jumpa, dengan minyak dah menyala..
Papa kata cari stesen minyak dulu la..masa nak cari stesen minyak tu baru nampak mall tu..cit.



Ada jualan lego kat bawah..
Si aryan dah tarik tangan suruh pi sana..
Pastu dia nampak lego aeroplane..dia tunjuk kat arfan..
Apa lagi budak tu nak laa...kalau murah tak apa la..ni mahal pastu kang main kejap..pastu campak pecah..lebur duit..
Dah melalak arfan kat situ..sampai de sorang pompuan tu pandang kami senyum..dia paham la tu budak nak barangkan..


Sepanjang jalan menangis..pastu nampaki kedai jual belon sabun ni..terus senyap tunjuk nak belon tu..
Pastu aryan dah penat..dia cakap 'mama penat la..nak duduk'
Dia pon tak berapa sihat badan dedar..dukung la aku terus pi cari makan..dia aku rasa ringan sikit kot dari arfan..hahah
Tu pon tak tawaf habis..
Tak tau nak makan apa, nak rasa yang burger shack..alaaa apa nama nyer..penuh tak ada meja kosong.. Sudah nyer pilihan terakhir masuk je la kenny..
Dah dalam kenny tu budak ni suruh bapa nyer tiup belon..tak kasi, menangis..haaaishh laa..


Hawaq aku senyum macam tu..
Abaikan la tuan belog senyum macam tu..


Arfan ni kan nak mengerjakan air je..
Nak-nak nampak buih-buih..
Habis comot..


Okay dah sampai jom makan..
Papa kalau pilih macaroni cheese memang tak makan la..




Pastu sebelum balik nampak sangkaya..harus la try..nak gak rasa apa yang orang kata sedap tu..
Sedap gak la,  aiskrim tu rasa kelapa...tu pon dapat rasa sikit..
Aryan arfan merebut nak makan..
Huaawaa..batu belah batu bertangkup..
Telan la aku..makan la aku..
Aku kempunan aiskrim sangkaya....
@_____@
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan