29 Sep 2015

Hospital Pantai Melaka

Masa cuti aidiladha haritu, pagi sabtu tu dapat call dari abang sedara bagitahu yang pakcik aku,ayahmar dah tak kenal sapa-sapa..pastu dah tak sedarkan diri kat hospital..

Ayahmar ni abang kepada ma (mak aku)..
Dia memang tak sihat pon banyak penyakit..dia pon dah dialisis buah pinggang..
So lepas tahu berita tu..ma dah sedu sedan nangis...cete dengan papa,papa ajak la petang tu gerak..
Adik aku ewan nak ikut tapi wife dia keje sabtu tu..dia jaga baby thaqif..ikutkan dia nak ajak ahad la pergi..tapi papa tak nak sebab mesti jem nanti dengan orang yang baru pulang beraya..

Itu pon kami gerak pukul 3 petang..
Dah la sabtu tu jerebu teruk giler aku rasa..sepanjang kelabu je penglihatan..


Sampai Hospital Pantai Melaka dalam pukul 5 or 5.30 macam tu..
Pastu terus naik bilik ayahmar..tengok ayahmar tak ada..sorang pon tak ada..
Papa tanya nurse, nurse kata tengah dialisis..
Tunggu punya tunggu tak naik jugak..tanya balik nurse kami gerak pergi bilik dialisis lak..
Kat sana baru jumpa mama (wife ayahmar). tunggu lagi kat situ sebab belum settle..




Ni tengah menunggu la ni..sempat wefie dengan arfan..kualiti picca tak cun so kita buat hitam putih..
Aryan ikut papa pergi cafe hospital tu..



Budak ni nak bagi senyap supaya tak berlari sana sini, menjerit sana situ kat hospital tu..
Bagi hp papa ko..tekan la pe nak tekan..main la pe nak main..huhuh


Lama jugak la kami menunggu kat sana sampai ayahmar naik bilik..
Waktu ni ayahmar dah sampai kat bilik..




Ni la ayahmar aku..masa ni pon dia tak sedar..
Panggil nama pon tak buka mata..
Ma waktu ni dah leleh airmata..sedih tengok keadaan abang dia macam tu..
Ayahmar ni pon baru lepas operat potong kaki jugak..tapi atas buku lali je..
Dah tengok ma nangis, aku pon dah mengenang airmata gak..

Semoga ayahmar sedar dan sihat hendaknya..amin...


1 ulasan: