Salam muharram uolss..
Harini ada yang berpuasa ke? aku puasa, hope okay la sampai ke petang..hehehe..
Macam budakbudak pulak..pang sekali baru tau..hahaha
Ada yang tak tahu or tanya, boleh tak puasa hanya pada 10 Muharram?
Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi
, mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada
hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun
begitu juga sunatnya. . Sehari sebelum atau sehari selepas.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
So aku semalam dah terlepas..ni aku puasa harini dan besok iaitu 10 dan 11 muharram..
Sejarah 10 Muharram
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Kelebihan Puasa Asyura
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari
Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang
berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi
kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan
menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi
makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari
Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat
Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu
para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah
Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka
berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan
langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura,
menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga
Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,
dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari
Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T
menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan
dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan
Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu
juga pada hari Aasyura !".
Niat Puasa Sunat 10 Muharram
Kelebihan Puasa Sunat 10 Muharram
Mari la kita berebut pahala yag ada..semoga puasa kita harini diberkati..
Amin..amin..amin..yarobal alamin..
thanks ana for the info......
BalasPadamhehehe..welcome..
Padamsharing is caring. Thank you for the info. Dapat gak berdakwah secara x langsung.
BalasPadamhehehe, welcome..
Padam