Al-Fatihah juga untuk arwah abah..
Ni nak cete tentang arfan demam selama 3 hari tu..
Time ni otw nak balik kampung pada cuti awal muharram tu..
Last minit pukul 10 pagi baru papa ajak balik kampung..
Caragas la siap cepatcepat..
Dalam kete elok je arfan..siap berselfie dengan mama lagi tu..pastu separuh jalan dah tido sampai kampung baru bangun..
Dah sampai kampung baru la start merengek dia...bagi nasi sesudu je makan..pastu tak nak dah..then merengek lagi..
Pastu oyang dan induk suruh masuk buai takut tak puas tido..aku dah pelik, bukan lama lagi dia tido dalam kete akan nak tido lagi..
Tak apa la, masuk je dalam buai..sekali henjut tido lagi..
Bila bangun tido je, merengek lagi..papa dukung bawa kat luar kejap senyap pastu merengek balik..
Rasa badan dia, dah dedar macam tu..bila petang rasa dah panas sikit..
Apa lagi dah merengek je dengan panas badan terus tak duduk lama kat kampung..pukul 5 petang macam tu gerak balik pj..
Dalam kete pun merengek gak, bagi susu tido sepanjang perjalanan..dah nak sampai pj baru dia bangun..
Tak ada singgah rumah dulu, terus cari klinik yang buka..ye la kang cuti umum tu..
Lastlast pergi kat Poliklinik Dinar..
Time ni senyap tak merengek lak..elok duduk diam je..
Tak lasak macam selalu...huhuh..muka pun tengok moyok je..
Masuk dalam jumpa doctor, chek suhu 38c ko..
Doctor cakap la pasal demam dia dan bagi ubat, terus balik rumah..
Ni malam tu, kejap je nak duduk dalam walker tu..pastu merengek la..nak dukung la apa la...
Tu tengah leka, dia tak ada la tarik coolfever tu..
Malam tu aku tak tido sebab dia tido10 minit macam tu, pastu terjaga...merengek jee..
Badan still panas, chek suhu 37.7c..tinggi gak..
Kang dah lama merengek, tido balikpun sama gak dalam 10-15 minit jee..
Macam tu la sampai ke pagi..sudah nyer aku kena el la..risau tengok dia..
Hari khamis pulak papa el jaga dia sebab still demam dan merengek jee..makan pun tak nak..
Hari jumaat dah dedar sikit, so hantar rumah bs dia..
Petang tu ambil dia, rasa badan dah tak panas..
Bs dia kata merengek macam tu jee..pastu makan harini banyak..
Alhamdulillah..lega dengar tau..
Dalam beberapa hari lepas, baru aku rasa gigi bawah dia dah keluar..masa dia gigit jari aku..
Rupanya demam 3 haritu, nak tumbuh gigi la...
Buat risau mama je tau adik ni..
Lepas ni abang aryan berjaga-jaga la yee..
@__@
Tiada ulasan:
Catat Ulasan