Aku dah buat stok puree untuk bubur arfan..
Buat masa ni aku buat empat jenis dulu..
Aku buat dalam kuantiti yang sikit je..stok untuk seminggu macam tu..
Tapi aku ingat nak tambah lagi satu puree buah untuk makan petang..sebab time tu kalau dia tengok orang makan, dia nak makan sama gak..
Puree Broccoli
- Ambil berapa kuntum kecil broccoli, rendamkan dalam air sejuk dan basuh sehingga bersih..
- Kukus @ rebus broccoli itu sehingga lembut..
- Akhir sekali blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.
Puree Kurma
- Ambil berapa biji buah kurma, buang biji dalam dan bersihkan.
- Kukus @ rebus kurma tu hingga lembut..
- Akhir sekali blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.
Puree Carrot
- Ambil sebatang carrot, buang kulitnya.
- Basuh sehingga bersih dan potong dadu.
- Kukus @ rebus sehingga empuk..
- Kemudian blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.
Puree Pumpkin
- Ambil sebiji pumpkin bersaiz kecil dan buang kulitnya.
- Basuh sehingga bersih dan potong dadu.
- Kukus @ rebus sehingga empuk..
- Kemudian blander sehingga halus dan letak dalam kiub tray.
Buat stok puree frozen macam ni senang untuk orang yang berkerja..
Uols campakkan je, eh jangan la campak tak baik...uols letakkan jenis puree pilihan kat dalam bubur dia..
Kacaukacau siap..
Pasni aku up cete tentang bubur nasi arfan guna beras yang dah disangai dan diblander halus tu bersama frozen puree..
Okay daaa...
gigih mummy kan buat pureen...bagus ler share resepi...bole jd rujukan utk adik kyra nnti..klu ada rezeki.. :) huhu
BalasPadam