Semalam aku ada cete pasal aku buat siapsiap beras untuk bubur arfankan..
Harini aku up foto cara penyediaan beras tu..
Ada 2 cara, aku buat cara sangaikan beras..1 lagi cara iaitu keringkan beras dibawah cahaya matahari..
Time aryan dulu aku tak ada siapsiap beras nyer..pagipagi masak pastu blander..masa tu tak ilmu cetek sikit..wakakak..
Ambil beras dalam segengam...aku buat stok untuk seminggu je..takut berkulat pulak kalau lamalama..
Basuh beras bersihbersih ye dan toskan..
Kemudian sangaikan beras tu diatas kuali/pan..
Sangai tu bermaksud goreng tanpa minyak wokay..
Dah sangaikan beras tu kemudian blander sampai halus yee..
Kemudian aku tapiskan..tengok tu still ada yang kasarkasar..yang kasarkasar tu aku blander lagi..
Ni beras yang dah ditapiskan..halusssss...
Sebab lepas ni terus masak tak ada nak blander dah lagi..so kena buat betulbetul arr..
Lepas tu simpan dalam bekas kedap udara..ambil la bekas yang mana ada kat rumah tu..
Untuk tahan lama letak dalam peti ais..
Cukup la untuk stok seminggu..nak masak nanti ambil dalam 2 sudu je..
Pagi tadi dah test buat memang super pantas..untuk ibu yang berkerjaya macam aku mang manfaat cara begini..
Sebelum nak mandi masak dulu..ambil dalam 2 sudu beras pastu biar dia masak..
Aku pi mandi..settle pakai baju tengok dah nak masak letak pulak puri yang dah difrozenkan..
Aku baru sempat buat malam tadi puri carrot je..
So lunch harini untuk arfan bubur nasi + carrot..
Petang ni nak pi matahari mall depan tu nak cari labu,brokoli untuk buat frozen puri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan