Dah lama nak buat,tapi asyik tertangguh jee..
So hari tu buat cepatcepat..terlebih rajin gak siap buat masuk dalam acuan..pastu yang lebih masuk loyang jee..
Cuaca panas memang layan laaa...
Puding Coklat Oreo
Bahan-bahan:-
1/2 paket
agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping
biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu
segar (boleh ganti susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan
gula
1 ikat daun
pandan
2 sudu besar
serbuk koko
Cara-cara
Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara
itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut
oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air
suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah
semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti
ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan
biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Selamat mencuba ye uolss..
ya Allah..
BalasPadammeleleh ayaq liur cheq!
Wah sedapnya..nt bole try wat wknd ni..klu free ler :)
BalasPadamnampak sedap tu ana..
BalasPadamcedapnya na. nak2 lagi makan cuaca panas gini.
BalasPadam