20 Jun 2013

Aryan & Potty Training

Assalammualaikum...
Sekarang ni aku tengah mengajar aryan potty training...
Kebanyakan orang start ajar bila anak itu dah start bercakap or dah pandai terima arahan..
Mungkin agak terlewat sikit bagi aku...tapi tak pe, slowslow kita berusaha yee..
Almaklum la, aku kan ibu berkerjaya so harap weekend je la dapat train..hari biasa nak ajar,kesian pulok nenek dia, nak layan dan lap lantai..
Nenek nyer pun bukan kuat sangat dah pun dengan kaki sebelah..susah la sikit..

Aku dah start hampir 3 minggu tak silap..sebelum dia demam haritu..
Waktu tu aku el jaga baby arfan demam campak..so aku terus train aryan haritu..
Masa 1st day tu, kelakar tengok aryan sebab dia tarik seluar tu masuk celah bontot nyer..hahaha..dia tak biasa kan..
Mulamula biasa la, terbabas jugak kencing dalam seluar..akan baru 1st day belajar terus terror..
Nasib rumah memang tak pakai karpet..hanya tikar sarawak tu je..so senang sikit nak lap..


Start weekend lepas sampai minggu ni aku tengok dah banyak perubahan..weekend haritu tu dia tido siang tak pakai diaper, sampai dia bangun tido dia tak terkencing pun..selamat kain buai...
Ada sekali,tengah aku mandi tuptup, papa ketuk pintu bilik air kata aryan nak kencing..kelam kabut aku buka pintu ok..so dia pun membuang air kecil dalam toilet..yeeyy..
Pastu minggu ni aku balik kerja je,tengok aryan tak pakai diaper. hari isnin nenek nyer kata lepas bangun tido petang dia dah buka diaper nyer..
Semalam balik kerja pun tak pakai diaper gak..ma kata lepas mandi dia tak nak pakai..so dah 2 hari macam tu..
So hati omak je ni dah berbunga riang sedikit..

So my misi next month 25 July dia dah 3 tahun,sebelum dia 3 tahun aku nak dia dah diaperless untuk siang hari..
Chaiyok..chaiyok..aryan dan mama, we cant do it..

Moh aku share sikit tips yang aku pelajari dan aku google..

- Pastikan kite dah bersedia dari segi mental dan emosi okay..sebab banyak cabaran yang menanti..
- Sentiasa bersabar dan jangan cepat putus asa..
- Jangan terlalu memaksa anak-anak kerana jika terlalu dipaksa kadangkala anak-anak akan terbantut semasa membuang air kecil atau besar.
- Sentiasa bertanya dan sentiasa alert dengan masa...untuk permulaan tanya setiap sejam or setengah jam sekali ke..
- Saiko kan pemikiran anak.."aryan kan dah big boy..nanti nak pergi school..tak boleh pakai pampers"
- Harus berkerjasama dengan seluruh ahli keluarga yang lain..
- Bila dia berjaya, berikan ciuman atau pujian.."yeeay..aryan good boy"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan