Selalu beli majalah pa&ma, ada cerita pasal urutan perineum..
Masa aryan dulu, tak praktikkan pun..tapi kali ni macam nak cuba lak..
So aku beli minyak kelapa dara dari keluaran Tanamera dengan harga sebotol RM34..
Baca dalam majalah pa&ma, respon kata ok dan bagus..so tak salah aku mencuba..berkesan atau tidak belakang kira..
Janji usaha dan tawakal..
Kebanyakkan aku baca, elok buat bila dah masuk 30w..
Tapi aku buat urutan perineum menggunakan minyak kelapa dara ni masa 36w..
Tak pe la, terlewat sikit..
Minyak Kelapa Dara - Tanamera
Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik
di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari
berbagai penyakit. Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu
struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri
anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh
didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai
sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu
ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan
minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari.
Minyak kelapa dara mempunyai banyak
manfaat, untuk penjagaan kulit dan rambut, untuk mengawal tahap
kolesterol, meningkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan
metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah
tinggi, kencing manis, kanser, penjagaan gigi dan untuk kekuatan tulang.
Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik
dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.
Paling penting, bagi bakal-bakal ibu,
minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar
semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan
minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu
dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan
lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan.
Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa
sebarang pengoyakkan faraj. Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk
elak rekahan kulit dan elak sembelit. Kesannya memang menakjubkan!
Minyak Kelapa Dara TANAMERA berkualiti
tinggi kerana diproses cara tekanan. Kami sarankan bakal ibu mula guna
minyak kelapa dari minggu ke30 kehamilan.
Berbagai Kegunaan:
Penggunaan semasa Mengandung:
- Untuk elak rekahan kulit
- Untuk mudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj
- Untuk elak sembelit
- Untuk pudarkan rekahan kulit
- Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada
- Untuk elak sembelit
- Untuk urut bayi dan elak ruam lampin
Apa itu Perineum ?
Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur
Urutan Perineum (sumber majalah PaMa):
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Teknik urutan perineum:
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
Nina pernah mkn minyak kelapa dara dalam bentuk capsul.yg jenis mcm ni xpernah guna pulak. Hihi
BalasPadamye k..ana kapsul pun tak pernah..ini kan air macam ni..huhuhh..
PadamTry je la nanti..
wo.. gini ye cara nye. biase saya letak aje. kat 'situ' dan siap. hihi.. tatau lak gini caranye. tq fo sharing.
BalasPadamAssalamualaikum... thanks sharing sis.. sheila follow sini ya, dah bookmark entri ni. nak tgu beli vco baru buat urutan perineum ni. 30weeks dah boleh ya?
BalasPadamhi sis,saila dah bookmark jugak..nak follow ada problem lah dgn blog saila :(
BalasPadamooo..mcm tu cara urutannye ye..kena cuba ni bile dah masuk 30w.. :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamsalam sis, thanks for sharing.. =)
BalasPadamsy tgh usha2 vco tuk urutan ni.. mmg boleh buat start 30wk ye?
sis buat 36w, cmne result? berkesan tak?
momofprecious.blogspot.com
Saya peminat minyak kelapa. Byk brand yg pernah saya try.
BalasPadam(1) minyak kelapa yg paling murah
Saya beli RM10 utk 1 litre di Masjid India buatan Bangladesh. Bau tengit yg kuat bersama aroma kelapa bermakna minyak ini terhasil dengan memasak santan sehingga pecah minyak. Minyak yg terhasil dari pecah minyak tulah yg dibotolkan. Banyak hasilnya dan cepat pembuatannya. Ini kaedah org tua2 kat kampung. Nenek saya pernah buat. Bila dimakan rasa tengit kat tekak. Khasiat antioksida, vitamin E yg sgt baik utk kulit bila disapu dan utk kesihatan badan bila dimakan musnah. Kualiti lemak baik pd minyam juga terjejas.
(2) minyak kelapa sederhana mahal
Yg pernah saya beli RM 30 utk 100ml dari Indonesia. Tiada bau tengit bmakna tidak menjalani pemanasan. Tetapi bau masam yg amat sangat yg pada pendapat saya menggunaka ragi bagi menghasilkan kuantiti yg banyak dlm masa yg cepat. Walaupun khasiat antioksida,Vitamin E dan lemak baik tidak terjejas, nak makan tak lalu sebab bau masam kuat sangat.
(3) minyak kelapa agak mahal sikit
yg pernah dibeli ialah RM38 sebotol. Buatan Malaysia kelapa dari Bagan Datoh. Tiada bau tengit, bau masam macam takde je. Dari pengalaman saya jenis yg mcm ni takde penggunaan haba dan ragi, jadi semua khasiatnya tersimpan pada kadar optima. Boleh ditelan bersama dengan air dgn mudah sebab tak rasa bau masam. Saya rekomenkan jenama inilah sebab berbaloi saya beli 8 dapat harga pengedar RM27.50 je sebotol VCO berkualiti RM38. Sebab nak kuruskan badan makan setiap hari 2 sudu. Alhamdulillah berkesan kurang 1kg sebulan. Ni dah 3 bulan kurang 3 kg. Lepas mandi sapu pada baby sbb eczema, alhamdulillah baby tak garu2 sebab rasa lega bila disapu. Sebab baby xgaru proses penyembuhan eczema cepatlah. Ni dia link VCO tersebut tulen-oil.com
(4)minyak kelapa paling mahal
xpernah try sebab 1. Tak mampu 2. Berpuas hati dengan jenama tulen-oil.com . Tolong iklankan utk dia sebab baru ni dia bagi percuma 2 botol utk baby. So kira berterima kasihlah.
Tq 4 sharing sis..tgh confuse bile nk start pakai vco ni..dh terjawab pun ;)
BalasPadamnice info. tq
BalasPadamMkd ni sangat bgus....saya pengguna mkd....
BalasPadamWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
BalasPadamthanksss. info yg menarik :)
BalasPadamWife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.
BalasPadam