15 Nov 2012

Mood Membaking Suda Kembali...

Rasa nye masih belum terlambat nak wish Happy Deepavali untuk sume warga yang beragama hindu..

Apa kes la minggu ni, keja cuti keja cuti keja...datang opis pun kosong je opis..macam entah apoapo jee..
Yang cuti deret seminggu tu, suka la tu..tapi ari senin aku el sebab babysitter (bs) aryan pergi perak lak..
Ari ahad pagipagi dah datang rumah bagi tahu..nasib baik bagi tahu awal..

So dah empat ari bersama aryan, tiga ari bersama papa syiok je rasa..walaupun cuti tak ada ke manamana..
Sebab papa tak sihat..on off je demam dia..ari senin keje, balik keje dah demam balik..
Nanti kena g klinik ambil darah..jangan denggi suda..parah aku nanti..
Hari ni kena anta aryan kat umah bs dia..tengok pagi tadi sebelum nak g keje, penuh lak rumah bs dia dengan anak menantu,cucucucu dia..nanti dah ramairamai kesian pulak kat aryan..macam ne dia nak tido..
Almaklum arr, dia kalau ko memekak tak lama la dia tido..nanti tak lama tido, badmood la..
Pastu nanti ada ke orang nak layan kerenah dia yang macammacam tuuu.
Tak suka betul bila perasaan macam ni datang..tak tenteram aku nak duduk kat opis ni..
Macam ni la kalau dah jadi emak kan..eemm...

Ok berbalik pada tajuk asal..disebabkan ari senin aku el..tibatiba mood rajin nak membaking datang..
Aku buat kek pisang marble susu untuk minum petang..itu pun dari ari sabtu bawa ke ahad bawa ke senin baru jadi buat..
Ni garagara tengok rosidah post kat fb pastu kat blog dia..terus rasa nak buat..


Kek Pisang Marble Susu

Kredit: masammanis

Bahanbahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Caracara:-
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

Sekarangkan musim hujan..so bila makan kek tu time panaspanas diwaktu sejuk mang syiokk la weyy..

2 ulasan:

  1. rajinyeeeeeeeeeee....kek pun jadik cantik tu...lieya ni pemalas...dah lame oven pencen tak buat aktiviti membaking hohoho

    BalasPadam