Semalam chekup aku kena minum air gula..kalau dah minum air gula prosedur untuk chekup semalam banyak la step by step..
Pukul 8 pagi dah terpacak kat k.k tu..
Baru aku tinggalkan klinik k.k tu 2 taun..tapi dah banyak berubah dia punya cara chekup dia..
Dulu lepas ambil darah dia bagi air gula suruh minum kat luar bilik la..so boleh la aku minum sambil diberi sokongan oleh huby supaya habiskan..
Dah macam pompom gurl sebelah aku memberi kata semangat..cewaaahh..
Orang yang pernah minum air gula je tau macam mane perasaan nak habiskan satu gelas tu ok...bukan satu cawan yee..
Ni semalam dia suruh minum dalam bilik tu gak..peeerrhh, terkulatkulat aku nak habiskan satu gelas tu..
Telan geleng telan geleng laaa..lepas tu g timbang berat, chek bp, chek air kencing, ambil darah ujung jari,masuk bilik chek perut, ambil ubat dan last sekali ambil darah lagi selepas 2 jam minum air gula..
Masa nak buat sume tu, aku dah start pening dah..dia kan suruh posa malam tu start pukul 10..ko hanya boleh makan lepas ambil darah yang last tu..dah la tak makan, disuruh minum air gula..tak pening aku..tahan je tak bagi muntah kalau tak..ko kena minum lagi..sanggupp...pprrff..
Disebabkan berat aku naik banyak bulan ni..naik 2.4kg untuk sebulan..*pengsan makk..
So sepatut nyer kena minum air gula, tapi aku dah minum air gula untuk hari tu..so tak perlu..
Tapi aku kena chek bp seminggu sekali selama 4 minggu sehingga tarikh chekup next month..
Time aryan dulu pun macam ni gak..tapi tak ada problem la masa aryan..
Hope yang ini pun tak ada problem gak..
Bila chekup pregy ni aku paling tak suka part ambil darah..sebab aku kalau ambil darah mesti la kena cucuk lebih dari sekali baru dapat darah tu..
Naknak minum air gula sebelum dan selepas kena ambil darah..time aryan dulu sebelum minum air gula cucuk kali ke 3 baru dapat..lepas minum cucuk kali ke 2 baru dapat darah..
5x kena cucuk ko..sakit tau..lepas tu biru lebam kat situ..
Tapi semalam nurse tu terror dah..sekali je dah dapat darah..lepas tu pun nurse lagi sorang tu pun sekali je dah dapat..suka mak semalam..
So result ambil darah minum air gula tu akan tau next month..if ada problem dia akan call next week kata nyer..bak kata nurse tu 'harap tak ada call la ye'...aku pun sengeh je jawab "harapharap jangan call la..hihihi"
Sekejap je nak masuk 5 bulan dah..mama harap baby mama ni sihat dan membesar dengan kuat ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan