30 Okt 2012

5 months olredy...

Pejam celik pejam celik dah 5 months persamaan 20minggu 4 hari dah aku pregy..
Sekejap je pulak pregy kali ni..tak macam yang 1st dulu..
Rasa lambat jee masa bergerak..perut pun lambat je nak besau..
Kali ni ambik ko...perut pun cepat je besau..dah bergerak pun dah rasa terbatas..
Salah langkah sikit rase sakit..eemm...

Aku tak scan lagi ni..last scan masa 2 bulan tu je..
Ikut hati membuakbuak gak nak g scan..tapi pikir aku nak scan 4D..
So better aku scan 4D je terus la..hope boleh bersabar la..
Kalau tak sabau, tak menyempat..harap maaf la...hihih
Aku pun dah start beli barang baby sikit ni..yang pentingpenting dulu la..
Kang kalau beli sekali rak, terasa banyak pakai duit..
So beli secara slowslow..

Ni picca terbaru aku..
Pipi dah tembam weyy..badan pun dah bulat ni..
Segala nyer pun dah mengembang ni..
Huuuuuh......

maaf la picca sebelah kanan agak tak berapa semenggah :))
...................................................................................................................................
Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa.

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.


4 ulasan:

  1. alhamdulillah cepat masa berlalu kan,dah besaq perut tuh...janganlah lasak sangat,tengok tu...dikelilingi bola kecik silap haribulan jatuh....hati hati yea ana...!

    BalasPadam
  2. lm btol sue xblogwalking..wahhh ana..preggy gak ek..alhamdulillah..tahniah ek..beshnyee kite same2 jd mak beranak dua..hehe..

    take gud care mommy..

    BalasPadam
  3. Asue:ye k..alhamdulillah..congrats ye..sue bila due?


    lienda:ok..tima kasih..itu ana just masuk duduk je..xmain pun..sibuk nk snap pica kt ball tu..hihih

    BalasPadam
  4. alhamdulilllah cepat betul eh tau tau dah masuk 5 bulan....

    BalasPadam