Monday blues ka hari ini? *aku yeee :(
Cerita untuk hari ini pasal pancake..
Dah lama nak buat pancake weiii..tepung tu pun dah terperap lama dalam almari...
Tibatiba pagi sabtu teringin nak makan..
Tengok susu segar dan planta ada...terus laju je buat..tak dandan dah..
Tapi dah bancuh separuh jalan..nak cair kan mentega..sekali gas habis la pulok..
Coii, sepoikan mood berkobar aku ni..
Terus call kedai yang biasa hantar gas kat rumah..
Nasib baik tak lama..kalau tak, mahu malas dah nak buat..
Mempersembahkan pancake versi ana..kukiuki..
Walaupun pancake aku tak cantik macam pancake dalam blog masakan..tak pe 1st try ni..
Janji masuk perut sudah..naknak makan dengan nuuuuutellaaaaaaaaaa...
Nyammy arr.....
Kredit: Anjungnorry
By: Ana
Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum *ana pakai tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder *ni tak letak sebab dah pakai tepung naik sendiri
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan
abaikan muka yang bucuk masam tak mandi lagi..kuikuikui.. |
Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang..
Amboii sedapnya mkn dgn nutella tu...
BalasPadamwah..sedapnya..tq share resepi..bolela saya try pasni :)
BalasPadamMmg sedap, kita pernah try. Hehe.
BalasPadamkalau mun makan dengan jem....sebab mun tak suka nutella...hehehee
BalasPadam