17 Nov 2012

Baby Tua...


Tengok baby tua ni..nak meriba lak..
Kamu dah big boy la sayang dah tak muat atas riba mama ni..
Tak apa la, kasi can kang next year dah turn adek la nak meriba nanti..jangan berebut nanti suda..
So kite kasi la dia duk meriba puaspuas laar nii..
Mama sayang aryan >3>3>3

15 Nov 2012

Mood Membaking Suda Kembali...

Rasa nye masih belum terlambat nak wish Happy Deepavali untuk sume warga yang beragama hindu..

Apa kes la minggu ni, keja cuti keja cuti keja...datang opis pun kosong je opis..macam entah apoapo jee..
Yang cuti deret seminggu tu, suka la tu..tapi ari senin aku el sebab babysitter (bs) aryan pergi perak lak..
Ari ahad pagipagi dah datang rumah bagi tahu..nasib baik bagi tahu awal..

So dah empat ari bersama aryan, tiga ari bersama papa syiok je rasa..walaupun cuti tak ada ke manamana..
Sebab papa tak sihat..on off je demam dia..ari senin keje, balik keje dah demam balik..
Nanti kena g klinik ambil darah..jangan denggi suda..parah aku nanti..
Hari ni kena anta aryan kat umah bs dia..tengok pagi tadi sebelum nak g keje, penuh lak rumah bs dia dengan anak menantu,cucucucu dia..nanti dah ramairamai kesian pulak kat aryan..macam ne dia nak tido..
Almaklum arr, dia kalau ko memekak tak lama la dia tido..nanti tak lama tido, badmood la..
Pastu nanti ada ke orang nak layan kerenah dia yang macammacam tuuu.
Tak suka betul bila perasaan macam ni datang..tak tenteram aku nak duduk kat opis ni..
Macam ni la kalau dah jadi emak kan..eemm...

Ok berbalik pada tajuk asal..disebabkan ari senin aku el..tibatiba mood rajin nak membaking datang..
Aku buat kek pisang marble susu untuk minum petang..itu pun dari ari sabtu bawa ke ahad bawa ke senin baru jadi buat..
Ni garagara tengok rosidah post kat fb pastu kat blog dia..terus rasa nak buat..


Kek Pisang Marble Susu

Kredit: masammanis

Bahanbahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Caracara:-
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

Sekarangkan musim hujan..so bila makan kek tu time panaspanas diwaktu sejuk mang syiokk la weyy..

9 Nov 2012

Kerja Gila Di Kenanga Wholesale City

Semalam aku dengan opismate yang lain buat kerja giler..
Weols pergi Kenanga Wholesale City (KWC) waktu lunch..kuar awal 15minit..
12.15 kitaorg dh kuar gerak ke kwc..sampai opis pukul 2.40..nasib baik opis line clear..
Kalau tak kantoi weii..kena pancung nanti..wakakak..


Picca frm google
Bangunan dia ada berapa tingkat entah..tak perasan lak..
Semalam dah tak sabar sangat nak masuk n shopping..
Bila masuk je..peerhh, banyak giler kedai baju..dah tak tau nak start dari mana..



Weols pergi level women la..
Dia setiap level ada untuk man, kids tak silap..
De opismate lagi sorang dia g shopping baju baby dia..then tanya aku tak shopping baju baby k..aku kata tak tau gender lagi nak shopping macam tak syiok la..
So shopping untuk mak dia dulu..next time kalau datang lagi, boleh shopping lak baju baby..


Sekali nampak seluar skiny jeans..
Cantik dan murah uols..RM29 jo..
Tapi apakan daya aku pregy, tak dapat den nak tolong..
Hanya mampu pandang dan usik saja..huawaaa....


Ni salah satu kedai yang aku nampak jual baju kanakkanak..
Dari size kecik sampai berapa tahun entah..
Cantikcantik dress dia koo..
Siapa yang ada anak gurl, rambang mata weii..



Ini 3 perempuan suda tak tahu nak pilih yang mana..
Dan tengah mintak diskaun..
Kak liza (tengah) dia dah usik baju ini itu..dah macam berkenan..pastu tak ambil..
Dalam kete dah menyesal kata kenapa tak ambil la..apa laa..orang dah suruh ambil, tak nak..
Cerewet beno nyer pun..

Kebanyakkan baju kat sini antara kedai satu sama lain..baju nyer lebih kureng jee..
Pastu kedai dia kena beli 3 helai baju atau lebih baru dapat kureng..kalau ko beli sehelai tak dapat..
Tapi tak sume kedai buat macam tu..ada yang ko beli banyak pun rege tetap same..
So ko kena masuk banyak kedai dan pilih kedai..
Weols pilih je kedai yang nak masuk..sebab kejar masa..



Aku rembat 3 helai ni jee..
Dress, cardigan dan skirt labuh..
Skirt labuh tu, aku ingat nak pakai time pregy ni..ingat warna oren sekali balik rumah warna merah lak..
Sekali test dia kena pakai gamgam kat pusat atau bawah pusat..tu dia bagi sekali tali pinggang tu..
Tapi aku kan pregy,nak letak bawah sikit perut boyot ni..tak cantik..nak letak atas sikit lagi la tak cantik..
Dah kelakar je rupa nyer..pastu dia kain mcm kedutkedut..punggung dah besar lg nampak besar..adoii..
So aku kena tunggu badan aku kembali normal baru ok pakai..kalau lama sangat nak tunggu 4 bulan lagi..
Aku let go je kot..kuikuikui..